28.12.11

Gig

The tiny club reverberated with claps, whistles and chants of "More! More!" as the last clash of the cymbals died out. Zed was flushed with excitement as he tossed the last of the souvenirs to the audience. It took the band another 15 minutes to take their bows and leave the stage while Hadi, Muniz and I began unplugging and putting away the speakers, mixers etc backstage. I felt a tap on my shoulder and turned to find Tee grinning at me, rivulets of sweat turning his bootleg Happy Tree Friends t-shirt transparent.

"How did we do?" he shouted. I flinched and removed the earmuffs protecting my sensitive ears from the blasting music. His breath was like bellows, adrenaline from another great gig coursing through his veins.

"Superb, except the third set when you lost your drumstick," I grinned back at him. We finished packing all the instruments in record time while Zed and Layla finished their discussion with the club's manager.

"This is why I love having you as a roadie, Shortstack," said Hadi as I stowed the last of the speakers in the van. "I don't get back aches."

I made a face at him and slammed the van's door shut. Silent Muniz handed me a frosty bottle of water that I gratefully chugged down.

"I mean, seriously, what do you eat? If I don't see it with my own eyes, I'd never believe a midget like you could heft so much heavy equipments with your own bare hands," he tugged the hem of his Grateful Dead tee to mop up his sweat.

"Quit calling me shortstack, Bean Pole. And I ate all my vegetables, just like my mama told me to." That bald-faced lie was greeted by a whoop of laughter by the guys. Everyone knows I'm a notorious meat eater; no greens ever made past my lips. Layla was fond of telling people that I'm the proof that the caveman diet works; I was born to consume the wooly mammoth.

"Hey, hey everybody, we got paid tonight," Zed waved the cheque that the club's manager cut for the band at us. Layla snatched it from him and stuffed it into her large tote.

"Gimme that. You always forget to bank it in or threw it away with your cigarette receipts," she groused. Zed was well-known for his absent-mindedness in things not concerning his guitars or song-writing. He grinned at her unrepentantly, a flash of teeth more glamourous than a Calvin Klein underwear model.

A couple of teenage girls hovering near the van tentatively approached us, CDs and marker pen in hand.

"Hi, Zed! Can we have your autograph?" they chorused in unison. You could almost see their knees melt as Zed directed his megawatt smile in their direction. A few other fans loitering nearby also crept closer as Zed chatted with the girls, signing their CDs and posing for pictures. Muniz obligingly took a few shots to be included in the band's website.

I slipped behind the wheels of the van and cranked the engine. The 12-year old Unser roared and then purred as the engine idled Hadi and Tee slipped into the van; with all the equipment crammed in there was only enough space for 1 person in the back. The Unser belonged to Tee's dad, but I drove it more often than he did.

"See you guys at Raju's!" I hollered. Layla raised a hand as she walked with Muniz to his well-loved Mitsubishi Lancer. He souped up the engine himself, rebuilding parts of the body with his siblings in his uncle's workshop. His sister, Manisah, designed the flames decorating the hood and side panels of the lime green pimp mobile.

"Hey guys, wait for me!" Zed ran to the Lancer after the final photos were snapped by the starry-eyed fans and hopped into the back seat.

It was our post-gig tradition to have supper at Raju's and rehash the good, the bad and the ugly that happened during the gig. Hadi would take down the technical notes in his rubberband-bound notebook, the lined pages filled with his neat script. Muniz would be snapping photos to be added to the webpage photo album in-between putting away at least 2 paper tosai, 1 roti telur and teh tarik. The discussion and laughing arguments would carry on for at least an hour before we make our way home.

I walked slowly to my flat, the half moon illuminating the stretches of pavement where the streetlight had given up the fight. My Doc Martens barely made any sound. I shoved my hands into my pocket, jangling my keys. The air was cool and sweet, the usual city stench barely making its presence felt.

A lot of people would call me foolish for walking home in my neighbourhood at all hours; just two streets over there was a knifing between two rival pimps the night before last. But I never felt frightened walking among predatory types.

After all, why should a tiger be fearful to stalk this concrete jungle?


(Picture stolen from here)

23.11.11

Ganyang samanya!

"Tak peduli apa orang nak kata, Tak peduli walau bukan bukan juara, Kami bangga jadi anak Malaysia, Kami rela mati pertahankannya, Oh oh oh ooh...Oh oh oh ooh.... Bersama selamanya!!!"

Aku adalah antara ribuan penyokong Harimau Malaya yang turut bersorak sehingga serak malam keramat 21 November bila masa harimau-harimau muda itu menundukkan keangkuhan sang garuda di laman mereka sendiri. Bergegar juga kedai mamak di Ampang itu dengan hentakan kaki dan siulan kami. Rata-rata yang menonton semua menyarungkan jersi Team Malaysia; tak kira apa keturunan, warna atau agama.

Sebenarnya aku bukan peduli sangat dengan sukan. Dinding FB rakan-rakanku penuh dengan coretan penyokong Manchester United, Arsenal, Liverpool (nyaris aku dibelasah Ah Tech bila aku panggil kelab kesayangannya itu Kolam Hati) dan apa-apa lagi kelab bola sepak; dinding FBku penuh dengan jenaka lucah yang aku curi dari Internet. Tapi kebangkitan Harimau Malaya ini menaikkan semangatku untuk ambil peduli; walaupun hanya satu sukan dan satu pasukan.

Ayuh, Harimau Malaya! Ganyang Syria dan tumpaskan satu lagi halangan untuk kita mara ke Sukan Olimpik!

20.9.11

Nostalgia

Jari-jariku mencari-cari Klasik Nasional di radio Sonyku yang sudah agak usang. Saat penerima radioku hinggap di rangkaian yang ku sasarkan, R Azmi mendendangkan sebuah lagu satira, memomokkan si kaki botol. Aku pun ikut karaoke, maklumlah lagu kegemaran aku dan arwah Opah dulu.

Aku memang suka lagu-lagu Melayu lama, melodi dan lirik yang terhasil sebelum 1970 sungguh menawan buatku. Rentak dan irama lagu Melayu lama enak dan liriknya melimpah dengan makna. Kusyen di sofa ku lambung sambil aku berjoget dan menyanyi dengan radio.

Dari R Azmi, bertukar kepada Rokiah Wanda. Aku pun menghempaskan diri ke atas sofa, mengelamun dengan alunan suaranya yang lunak sambil kupeluk-peluk kusyen tadi.



Aku diberi tahu yang lagu itu diberi nafas barukan semula oleh Yuna.



Boleh tahan juga.

Aku terlelap dibuai kemerduan paduan suara-suara penyanyi yang telah lama meninggalkan dunia ini.

5.9.11

Aku ceria bak bunga daffodil, sayang!

Tajuk di atas adalah alih bahasa terus petikan kata:

"I am as gay as a daffodil, my dear."

-- Freddie Mercury

Dua puluh tahun dahulu dunia kehilangan seorang artis berbakat besar yang pernah meletup seperti meteor yang mencacah langit. Freddie Mercury, tonggak kumpulan Queen: penyanyi, penulis lirik, pencipta lagu, penyusun muzik, penerbit album yang luar biasa bakatnya.

Freddie mempunyai suara yang menakjubkan; beliau boleh menyanyi dalam pelbagai genre daripada rock hinggalah ke opera klasik. Boleh dikatakan beliau seorang coloratura, walaupun istilah itu lebih sering digunakan untuk menggambarkan seorang penyanyi soprano.Walaupun beliau dikatakan tidak mahir membaca nota muzik, tapi beliau boleh menggubah harmoni-harmoni yang sungguh rumit dan elegan.

Sekiranya dia masih hidup, pasti hari ni dia menyambut hari lahirnya yang ke-65. Bagi menandakan tarikh ini, tim di Google telah membuat Google doodle yang dianimasikan dan diletakkan di halaman depan enjin carian mereka.



Selamat hari jadi, Freddie! Untukmu, patah tidak tumbuh, hilang tak berganti. 

20.8.11

Hingga ke Tesco

(Perbualan ini telah dialih bahasa.)

Anak sedara: Achu buat apa tu?
Aku: Buat jem.
Anak sedara: Jem tu apa?
Aku: Yang kamu makan dengan roti tu. Yang stroberi, bluberi ...
Anak sedara: Ini jem nenas la?
Aku: Ha ah.
Anak sedara: Banyaknya Achu buat ...
Aku: Boleh la ...
Anak sedara: Bagus la Achu buat banyak-banyak. Nanti kita boleh jual kat Tesco.
Aku: ....

O_o

5 biji nenas Morris cukup untuk buat jem sampai jual kat Tesco?

17.8.11

Indie Raya

Sendi-sendiku meletup, termasuk rahangku apabila aku menguap dan menggeliat setelah duduk menghadap komputer lebih 4 jam tanpa bergerak. Aku duduk semula, tetikus menari-nari sambil aku periksa semula layout laman web pelangganku. Nampak macam semua elok, semua pautannya mencapai laman yang sepatutnya. Aku periksa semula kandungan untuk kesalahan ejaan dan tatabahasa; kalau ada, aku dah tak nampak. Nak muntah dah aku kerjakan benda ni.

Setelah berpuas hati, aku muat naik ke pelayan (server, cakap omputihnya) semua kandungan laman web yang telah aku kemaskini dan juga halaman beta yang aku siapkan untuk kedai kek cawan dalam talian kawan kakak aku. Baik aku hantar URL laman beta itu kepadanya beserta invois untuk bayaran pertama sebelum aku lupa. Habis setengah jam aku selesaikan semua surat-menyurat kepada pelanggan-pelangganku. Nasib aku baik, aku pandai pilih pelanggan yang reti nak bayar invois aku ikut masa; tak perlu lah aku menyelinap pada suatu malam untuk ranapkan harta benda mereka dengan cakar platinumku.

Sayup-sayup aku dengar bacaan sembahyang tarawikh dari masjid di Kampung Baru. Aku ke dapur sebentar menjengah apa yang ada untuk sahur nanti; daging di dalam peti ais aku keluarkan untuk menambah hidangan daripada waktu berbuka aku tadi. Memanglah takrifan carbo junkie dalam wikipedia tu ada gambar aku, tapi harimau tetap lebihkan protein, betul tak?

Bacaan dari pembesar suara masjid tu dah senyap. Dah minggu ketiga Ramadhan makin pendek bacaan surahnya. Agaknya Pak Imam dah sedar yang kalau esoknya orang nak kerja, lepas 8 rakaat ramai yang dah melarikan diri untuk sembahyang witir di rumah. Untuk memecah kesunyian, aku menapak kembali ke komputer dan mencari video lagu raya di youtube.

Ramai orang kata penyanyi zaman sekarang (ewah!) tak sehebat penyanyi dulu dalam menghasilkan lagu raya. Memang susah nak lawan golden oldies dendangan Sanisah Huri, P. Ramlee, Fazidah Joned dan lain-lain yang seangkatan tu, tapi tak patut la kalau nak kata semua artis baru ni teruk, betul tak? Okey, tapi kalau penyanyinya graduan Akademi Fantasia, memang aku menyerah kalah. Yang itu semua kalau campak masuk lombong pun aku terima.

Jari-jemariku pantas menaip dan menyiapkan playlist lagu raya untuk menemani aku tunggu daging tu cukup lembut untuk aku masak.Paling feveret aku yang ini.




Pesawat memang hebat; aku jatuh cinta dengan diorang dulu pasal lagu Mirage. Bila masa aku nak layan perasaan, itulah lagu yang aku cari.

Aku suka gaya muzik Yuna; lagu raya dia pun best jugak. Tapi klip video ni memang buat aku garu kepala.



 Aku rasa pengalaman orang datang beraya pengarah klip video ni terhad pada apa yang dia nampak waktu rancangan Aidilfitri RTM kot. Ganjil, janggal dan entah apa-apa lagi. Tapi takpe, janji lagu sedap.

Aku pertama kali tengok Couple waktu konsert Hujan; diorang opening act. Boleh tahan gak, lagu raya diorang pun best jugak.



Siapa tak kenal Butterfingers kan? Suara Lord memang unik dan lemak manis di telinga.



Aku ulang main klip video ni lagi 3 kali. Layan ...


Kembali ke dapur, aku periksa daging di tepi sinki yang aku keluarkan dari peti ais tadi. Masih belum cukup lembut, tapi tak apalah. Aku siap-siapkan bawang, halia dan cili mesin untuk masak nanti. Memanglah aku boleh makan daging tu mentah-mentah, tapi macam tak sesuai pulak dengan nasi putih panas dengan kicap. Dah siap semua bahan-bahan tu, aku masukkan dalam peti ais dan sambung tengok video lagu raya.

Klip video Bittersweet kalau masuk Oscars ke, tak pun award iklan tu, gerenti menang piala paling tangkap leleh.



Klip video Hujan ngan Raihan pun boleh tahan tangkap leleh gak.



Generasi mak bapak aku mesti tak suka dengar lagu raya yang macam ni. Abang-abang aku pula takkan suka pasal mengingatkan diorang kerelaan aku jadi roadie kugiran member aku. Tapi tak kisahlah, janji lagu-lagu itu semua halwa telinga aku. Kita tak semua boleh suka benda yang sama.


Aku matikan komputer aku. Tanpa sinar dari monitor, ruang depan rumah sewa aku gelap, cahaya lampu kotaraya di luar tak mampu menembusi langsir tebal yang menutupi tingkap dan pintu beranda aku. Setelah memeriksa semua pintu rumahku berkunci rapi, aku ke bilik tidur bersiap sedia untuk beradu. Satu-satunya waktu yang aku tidur dan berjaga seperti orang lain dalam keluargaku ialah pada bulan puasa. Kalau mak aku tengok aku dah nak tidur sebelum tengah malam, mesti dia kagum.


Aku terlena didodoikan bunyi lalulintas di tengah ibukota yang tak pernah sunyi.

3.8.11

Rezeki

"Achu!!!"

Teriakan Ipah menyambut kepulanganku dari dusun. Jangan fikir yang sambutan mesra itu adalah kerana dia amat menyayangi aku; memang ada udang di sebalik mee. ATV yang sarat dengan durian gugur yang aku kutip malam tadi mengugut untuk bergolek menimpa aku yang tak berdosa ini. Padan muka, tamak sangat nak bawak balik semua durian gugur, tu kan?

"Tepi sikit, Ipah," aku menyergah Ipah yang berlari-lari ke arah aku. Dengan patuh, lariannya tersasar ke kanan ATV aku saat ia senget ke kiri. Semua ahli keluarga kami memang hebat refleksnya. Aku berhempas-pulas memastikan ATV aku kekal di atas keempat-empat tayarnya yang licin dengan lumpur. Setelah berjaya, aku mematikan enjin dan mengesat peluh di dahiku.

"Banyaknya Achu dapat durian," sapa Ipah dengan senyuman bermakna. Dia macam tahu aje yang aku nak simpan sikit durian untuk dibawa balik ke ibukota di penghujung musim ni. Aku menyumpah cuti sekolah yang kebetulan sama dengan musim durian. Nampaknya hasrat aku akan berkecai dengan kepulangan hantu durian yang licik ini. Bukan cilik walaupun Ipah tubuhnya kecil, tapi akalnya yang mengalahkan Gary Kasparov itu sudah mula menyusun strategi licik untuk menghambat sebanyak mana durian yang boleh ditelannya.

"Ya lah tu," balasku. Abang Ipah muncul untuk menolong aku mengangkat bakul durian ke jambor. Sebenarnya dia boleh mengangkat bakul tu seorang diri, tapi Gameboy yang melekat di tangan kirinya telah mencacatkan dia. Keningnya terangkat melihat jumlah durian dalam bakul itu dan Ipah yang menari-nari mengiringi bakul itu.

"Patut Achu sorok dulu kat dusun sana," suara Ayub satu oktaf lebih rendah dari kali terakhir aku berjumpa dengannya. Aku hanya tersenyum dan menjawab.

"Rezeki masing-masing la .... kamu bila sampai?"

Aku dan Ayub berbual-bual kosong sementara Ipah masuk mengambil mangkuk hidang dan parang untuk membuka durian. Memanglah aku boleh pakai cakar aku je, tapi buat apa kalau ada benda yang lebih senang? Lagi pun tak mau la rosak nanti manicure aku.

Bau durian yang enak telah menyeru lain-lain ahli keluargaku yang muncul satu persatu di jambor, kesemuanya dengan tangan yang dah berbasuh, bersedia untuk menyuap. Aku memerhatikan kesemua ahli keluargaku yang menikmati durian di luar rumah mak ayah aku dan terasa geli hati memikirkan bagaimana harimau boleh menggilai raja buah ini.

Malam esok sebelum balik, aku akan kembali ke dusun untuk menunggu durian yang masih di pokok untuk luruh. Yang itu, Ipah, bukan rezeki kamu. Hahahaha!

6.7.11

Tidurlah wahai permaisuri ...

Kalau aku pandai nyanyi macam Jamal Abdillah, nescaya itulah lagu tema aku.


Seperti kebanyakan harimau, aku memang suka tidur. Kalau aku ada superpower, pastinya kebolehan aku untuk tidur di mana-mana pada bila-bila masa mengatasi kehebatan Sang Labah-labah itu. "Kehebatan" ini jugalah yang membuatkan mak aku geram gila bila nak kejutkan aku. Pernah sekali dua (atau sedozen kali) zaman aku bersekolah, mak menyimbah aku dengan segayung air kerana aku tak bangun-bangun, walhal dah digerak berulang-kali.

Kadang-kadang aku teringin nak jadi sukarelawan di makmal tidur. Aku dengar ada dua tiga hospital di sekitar ibukota yang menjalankan kajian atas gangguan tidur. Tapi masalah aku ialah aku tak ada gangguan tidur; aku cuma terlebih tidur. Kira gangguan juga ke tak?

Tapi aku dapati dengan meningkatnya usia, aku taklah seteruk dulu untuk dikejutkan. Malah, aku mampu bangun dengan alarm Nokia ku dengan hanya disnoozekan untuk sejam. Boleh tahan la tu; kalau tak memang aku tak bangun langsung.

Aku suka bertanya pada orang apakah tabiat bangun tidur mereka, kerana aku tiada tabiat tetap bila bangun. Yang paling aku suka dengar ialah seorang kawan aku yang membuat "senaman rimau" setiap pagi. Dia belajar senaman rimau tu dari datuknya, seorang mahaguru silat. Pernah aku minta dia tunjukkan macam mana rupa senaman rimau tu; rupa-rupanya ia pelbagai postur dan aksi untuk meregangkan tubuh. Siapa kata hanya kungfu cina yang mengambil inspirasi dari alam semulajadi?

Ada juga yang minum dua gelas air suam setiap pagi sebelum gosok gigi. Kononnya merangsangkan enzim air liur basi bagi mengekarkan tubuh. Aku pernah cuba; tapi macam muntah air bila aku berus lidah. Haram aku tak buat lagi.

Seorang lagi kawan aku pula percayakan kuasa lucid dreaming. Kononnya jika dia boleh bermimpi cara itu, dia boleh membebaskan kuasa akal fikirannya. Jadi tiap-tiap pagi, celik mata saja dia akan mencapai buku nota dan pen di tepi katil dan mencatat mimpinya, dengan harapan suatu hari nanti dia boleh menyedari yang dia bermimpi sewaktu dia bermimpi. Macam cerita Inception, gitu. Dia pernah tunjukkan diari mimpinya itu pada aku; ianya penuh dengan adegan aksi bak filem Indiana Jones. Baca saja pun aku dah penat.

Aku menggeliat, dangau tempat aku berbaring dihiasi bintik-bintik cahaya mentari mengintai di celah-celah atap rumbia. Malam tadi giliran aku menjaga dusun dan mengutip durian yang luruh. Durian-durian itu semua dah aku kumpul dan masukkan ke dalam bakul untuk diangkut dengan ATV ke rumah nanti kecuali 2 biji yang dah aku buka untuk dijadikan sarapan.

Hidungku yang tajam tercium bau manusia. Tiga orang pemuda orang asli menapak bersahaja dalam 200 meter dari perbaringanku; agaknya nak pergi mengutip petai. Tangan kananku naik, menabik kehadiran mereka dan disambut dengan lambaian balas.

Aku kembali berbaring, selesa walaupun lantai buluh dangau ini hanya dilapik dengan tikar mengkuang buruk. Tak apalah, sempat untuk aku tidur sekejap lagi. Aku pun memejamkan mata. Nikmat hawa dara hutan Belum ini hanyalah mimpi yang diganti dengan asakan bau hancing/pahit/masam/tak semulajadi udara metropolis gagah itu bila aku pulang ke ibukota lusa nanti.

3.7.11

Soal siasat



Kadang-kadang bila aku balik kampung, aku terasa macam gambar kat atas tu. Aku rasa kalau mak, ayah, abang dan kakak aku kerja untuk CIA, nescaya tak payah ada Guantanamo Bay.

Bak kata orang putih: "Family. Can't live with 'em. Can't kill 'em either."

28.6.11

Katakan sayang dengan ...

"... I was born this way!" teriak Lady Gaga. Tanganku menggagau mencari sumber bunyi menjengkelkan itu. Nasib baik bahagian otak hadapan aku mengenalpasti nada dering abang sulungku dan menghalang pusat limbik dari menggerakkan tanganku untuk melempar Nokia itu ke dinding untuk mendiamkannya buat selama-lamanya.

"... lo?"

"Dah beli dah yang Yop suruh tu?" Sememangnya abangku itu bukan seorang yang membuang masa dengan santunan yang biasa membuka sesuatu perbualan. Otakku yang mamai cuba menafsir apa yang dimaksudkan oleh abang.

"Yang mana satu?" Aku menggeliat sepuas-puasnya. Sendi-sendiku meletup bak bertih.

"Benda untuk mak tu la. Engkau baru bangun tidur ya? Dah Zohor pun kau tidur lagi?" Abang sering lupa yang akulah adiknya yang mewarisi kesemua gen harimau malas keluarga kami.

"Malam tadi ada gig. Balik lambat." Aku menyepak selimutku ke kaki katil dan terkebil-kebil. Mentari tengahari dihadang oleh langsir blackout; bilik tidur aku dingin dan gelap bak gua kelawar.

"Maknanya kau jadi porter angkat barang, kan? Tak sesuai langsung dengan kedudukan kita tau." Aku buat-buat dengar omelan abang: engkau patut bla bla ... jangan lagi bla bla ... sedar sikit bla bla ... dengan respon bunyi-bunyian yang dia sendiri tahu adalah jawapan tak ikhlas aku.

Abang-abang aku cukup tak suka aku menjadi roadie untuk kugiran kawan baik aku. Pada mereka, kalau bukan sebagai watak utama, tak usah nak masuk teater. Kalau bukan untuk membuat persembahan, buat apa ikut kugiran? Macamlah mereka tak tau yang kalau aku menyanyi, boleh banjir dibuatnya dek kehebatan hujan yang aku seru. Dan aku bukannya tahu main gitar ke, apa ke.Tapi aku suka muzik dan aku nak sokong kawan aku. Tak salah kan?

Tapi, keluarga mana yang tak fikirkan yang hebat-hebat untuk kau, betul tak? Walaupun kau sebenarnya langsung tak berbakat.

"Cuba ingatkan balik apa yang nak kena beli untuk mak tu?"Pintas aku bila abang menarik nafas untuk menyambung leterannya. Kalau dibiarkan, abang akan membebel sampai habis bateri telefon. Dia memang jaguh leter. Kakak ipar aku pun akui.

Sepuluh minit berlalu dengan akhirnya aku berjanji untuk mengepos buku-buku dan benang kait yang dikehendaki mak sebelum hujung minggu ni. Nasib baik ada anak saudara yang melaung-laung memanggil abang; kalau tak mesti panjang lagi bebelannya. Aku tak kisah; adik yang bongsu mesti tebal telinganya menahan leteran yang datang dari segenap penjuru. Pada aku, leteran itu tanda kasih sayang. Haramlah mana-mana ahli keluarga aku berkata, "I love you" seperti yang dilihat di kaca televisyen.

Kami harimau, okey? Bukan orang putih atau pelakon melodrama.
Lepas ni, jangan lupa jemur kain! (Gambar oleh floridapfe)

26.6.11

Ironi

Lampu kalimantang yang menyinari tangga ke rumah sewa aku berkerdipan bak bulu mata mak nyah Lorong Haji Taib bila ternampak pelanggan. Aku menyumpah Ah Kiong, pengurus bangunanku buat kesekian kalinya. Memanglah aku tak ada masalah dengan tangga yang malap tu, tapi macam mana pulak dengan jiranku yang lain? Si pemalas tu memang meminta untuk dimaki esok nampaknya.

Asyik aku menapak naik, dua orang lelaki lengkap untuk pergi merempit berselisih denganku. Aku mengerutkan hidung dan cuba menahan nafas, tapi bau hapak tubuh dan baju tak berbasuh yang disulami dengan asap rokok basi itu tetap menusuk deria bauku yang sensitif.

Sampai ke paras rumah sewaku, lampu itu akhirnya menyerah kalah. Cahaya dari lampu jalan yang mengintip di celah-celah lubang pengudaraan di hujung sana gagal memecah kegelapan menyelubungi koridor sunyi itu. Aku masuk ke rumahku dan mencampakkan beg sandangku di atas sofa. Jiran sebelahku tidak boleh tidur lagi; terdengar bunyi gitar klasik dipasang perlahan bagi menemaninya membaca. Perut ku berkeroncong, mematahkan semangat aku untuk mandi. Langkahku kembali ke dapur.

Aku menghabiskan saki-baki hidangan tengahari kelmarin dan memasang ingatan di telefon bimbitku untuk ke pasar Chow Kit esok. Peti aisku sekosong almari Mother Hubbard dari cerita kanak-kanak Enid Blyton yang aku sukai semasa kecil dulu. Aku habiskan susu, membilas karton kosong itu sebelum mencampaknya ke timbunan barang kitar semula. Hmm ... kena singgah tong sampah juga.

Banyak betul kerja aku esok nampaknya.

Bilik air rumah sewaku dulu sangat daif sewaktu aku mula-mula pindah. Tanpa memperdulikan kontrak sewaan, aku telah menukar mangkuk tandas dan sinki yang retak dihiasi lumut hitam. Itulah gunanya ada abang kontraktor kelas A, bukan? Aku cuba mengekalkan elemen-elemen retro bangunan yang dibina sewaktu zaman pop yeh yeh dulu; aku rasa Austin Powers pun akan selesa melepak di sini.

Habis mandi dan berus gigi, aku menyarungkan t-shirt zaman haluansiswaku yang nipis setelah dibasuh beratus kali bersama seluar pendek yang kucuri dari almari kakakku. Seperti kebiasaannya aku tidak memasang lampu; memadailah sinaran neon Kuala Lumpur yang membelah malam. Kertas dinding monitor komputerku menayangkan gambar terbaru Winchester bersaudara di penjuru ruang yang aku label "pejabat"ku; aku sepatutnya menyiapkan laman web untuk perniagaan kek cawan kawan kakakku.

Tanpa rasa bersalah aku berlanjar di atas lantai di hadapan beranda dengan buku terbaru Carrie Vaughn di tanganku. Aku hanyut dibawa kisah pengembaraan Kitty dan hanya menutup buku itu setelah azan subuh berkumandang. Menggeliat sepuas-puasnya, aku bangun ke bilik air.

Tiger

Click here to get Images &Tiger Pictures - Pictures

Seorang harimau jadian yang ketagih fiksyen paranormal.Itulah aku.