"Achu!!!"
Teriakan Ipah menyambut kepulanganku dari dusun. Jangan fikir yang sambutan mesra itu adalah kerana dia amat menyayangi aku; memang ada udang di sebalik mee. ATV yang sarat dengan durian gugur yang aku kutip malam tadi mengugut untuk bergolek menimpa aku yang tak berdosa ini. Padan muka, tamak sangat nak bawak balik semua durian gugur, tu kan?
"Tepi sikit, Ipah," aku menyergah Ipah yang berlari-lari ke arah aku. Dengan patuh, lariannya tersasar ke kanan ATV aku saat ia senget ke kiri. Semua ahli keluarga kami memang hebat refleksnya. Aku berhempas-pulas memastikan ATV aku kekal di atas keempat-empat tayarnya yang licin dengan lumpur. Setelah berjaya, aku mematikan enjin dan mengesat peluh di dahiku.
"Banyaknya Achu dapat durian," sapa Ipah dengan senyuman bermakna. Dia macam tahu aje yang aku nak simpan sikit durian untuk dibawa balik ke ibukota di penghujung musim ni. Aku menyumpah cuti sekolah yang kebetulan sama dengan musim durian. Nampaknya hasrat aku akan berkecai dengan kepulangan hantu durian yang licik ini. Bukan cilik walaupun Ipah tubuhnya kecil, tapi akalnya yang mengalahkan Gary Kasparov itu sudah mula menyusun strategi licik untuk menghambat sebanyak mana durian yang boleh ditelannya.
"Ya lah tu," balasku. Abang Ipah muncul untuk menolong aku mengangkat bakul durian ke jambor. Sebenarnya dia boleh mengangkat bakul tu seorang diri, tapi Gameboy yang melekat di tangan kirinya telah mencacatkan dia. Keningnya terangkat melihat jumlah durian dalam bakul itu dan Ipah yang menari-nari mengiringi bakul itu.
"Patut Achu sorok dulu kat dusun sana," suara Ayub satu oktaf lebih rendah dari kali terakhir aku berjumpa dengannya. Aku hanya tersenyum dan menjawab.
"Rezeki masing-masing la .... kamu bila sampai?"
Aku dan Ayub berbual-bual kosong sementara Ipah masuk mengambil mangkuk hidang dan parang untuk membuka durian. Memanglah aku boleh pakai cakar aku je, tapi buat apa kalau ada benda yang lebih senang? Lagi pun tak mau la rosak nanti manicure aku.
Bau durian yang enak telah menyeru lain-lain ahli keluargaku yang muncul satu persatu di jambor, kesemuanya dengan tangan yang dah berbasuh, bersedia untuk menyuap. Aku memerhatikan kesemua ahli keluargaku yang menikmati durian di luar rumah mak ayah aku dan terasa geli hati memikirkan bagaimana harimau boleh menggilai raja buah ini.
Malam esok sebelum balik, aku akan kembali ke dusun untuk menunggu durian yang masih di pokok untuk luruh. Yang itu, Ipah, bukan rezeki kamu. Hahahaha!
Aku pong heran cemane rimau bole suke durian haaha sgh tgi imaginasimu haha!
BalasPadamGary Kasparov? Aku suka beb
Rimau jenis yang membujur lalu melintang patah le ... XD
BalasPadamBagusnya bulan posa boleh makan durian... Funny as always..
BalasPadamRad Za: Senario berlaku 2 minggu sebelum bulan puasa, hehehe. Took artistic liberty with cuti sekolah scheduling. *grin*
BalasPadam