16.8.16

Poison my love


 Her mother's father gently tilted her head in the right direction. On a snowy branch her lover perched, an arrow notched at the ready. The silver and flint tip caught stray moonlight to twinkle like stars on a cloudless summer night. He was hunting for her kind.

A silent tear trailed down her cheek, followed by others. She wondered that the forest did not echo with the sound of her heart breaking. The pain robbed her limbs of vigor, her ears deaf to the world beyond her sorrow.

But the gentle prod on her upper meridian sent a shock of energy coursing through her limp body, clearing her mind. The clarity of duty made it easy to discard the false promises whispered by her lover, poisoning the roots of love entrenched in her heart.

She slipped away in the shadows with her mother's father. She needed time to regroup and marshal her thoughts. This time, the bastion of the garl will fall for good. She will make sure of it.

Inspired by art by Ashram entitled Hades and Persephone.

18.5.16

Puisi Ratap Masyarakat

Anak-anak Pelacur

bersama bulan yang berlendir
di ujung tabir
anak-anak pelacur berzikir
keciciran mereka belum berakhir

Anak-anak pelacur
menanti di rahang kubur
mengunyah sebutir bubur
rezekinya dari urat-urat
nasibnya dari nanah-nanah

Anak-anak pelacur
diajakinya malaikat berhiba
diajakinya alim-ulama berbicara
tentang perut-perut lapar
tentang hati kembara
tentang kaki-kaki yang pecah
di lumpur berkaca

dan anak-anak pelacur
seekor anjing menjilat bibirnya
seekor babi mencium keningnya
dalam, azan pagi merah-menyala

Berita Minggu
7 April 1974
Mohamed Latiff Mohamed



Aku biasanya tak berapa minat puisi. Akalku terlalu lurus untuk menyelami maksud tersirat; aku hanya menatap apa yang tersurat. Tapi bila aku terbaca puisi ini di lembaran Mukabuku sahabatku Tuan Suhaimi di Kota Singa, terus aku disapa niat untuk mengongsi rangkap-rangkap ini. 

Aku tak tau bagaimana nak menyatakan kenapa puisi ini menangkap perhatianku. Mungkin kerana kejujurannya tidak dilapik segan-silu yang memualkan.

17.11.15

Mendana Keganasan Selepas 9/11

Tiada Kumpulan Pengganas Dapat Hidup Tanpa Biaya Kewangan Sesuatu Negara - Pakar Ekonomi Keganasan

Masa Penerbitan: 15 Disember, 2014 06:28
Masa Penyuntingan: 16 Disember, 2014 06:46

Terjemahan daripada rencana asal. Gaya bahasa mungkin ganjil kerana ini adalah transkrip sebuah rancangan wawancara.

Organisasi pengganas tidak banyak berbeza dengan perniagaan, dan ia berkos tinggi — organisasi itu memerlukan senjata, bekalan dan setiap rekrut perlu diberi makan dan peralatan; semuanya memerlukan biaya. Tapi dari manakah organisasi pengganas mendapat wang mereka? Bagaimanakah keganasan didana? Bolehkah jihad dilaksanakan tanpa sokongan kewangan yang besar? Dan bolehkah sesuatu organisasi pengganas berdiri atas kaki mereka sendiri? Kami mengajukan soalan-soalan ini kepada pengkaji ekonomi dan pakar pembiayaan keganasan, Loretta Napoleoni, di Sophie&Co hari ini.
Ikuti @SophieCo_RT

Sophie Shevarnadze (SS): Loretta Napoleoni, pakar ekonomi, penulis, pakar pembiayaan keganasan. Selamat datang ke rancangan kami, gembira dapat bersama anda. Anda pernah menyebut kewujudan sistem ekonomi yang anda gelarkan “ekonomi aktiviti keganasan” yang selari dengan sistem ekonomi yang lazim. Menurut anda, ia bernilai $1.5 trilion — dan itu sebelum peristiwa 11 September. Saya tertanya-tanya, berapa besarkah ekonomi keganasan ini pada hari ini.

Loretta Napoleoni (LN): Pada anggaran saya, ia kini 5% lebih besar berbanding sebelum 9 September. Malah, pengedaran wang ini sangat berbeza sekarang. Ada lebih banyak aktiviti di negara-negara Islam berbanding sebelum ini. Kebanyakan wang ini mengalir dalam bentuk tunai dari satu tempat ke tempat lain; dahulu ia bergerak melalui sistem perbankan antarabangsa yang biasa. Jadi sekarang ada banyak perbezaannya.

SS: Baiklah, kita akan meneroka perbezaan ini secara terperinci sebentar lagi, tapi saya ingin memahami gambaran yang lebih menyeluruh di sini — selain daripada penjualan dadah dan senjata, juga penyeludupan berlian, adakah aktiviti keganasan juga melabur dalam perusahaan perniagaan yang lazim?

LN: Ya. Sebenarnya lebih kurang satu pertiga ekonomi aktiviti keganasan berkait rapat dengan pergerakan ekonomi yang sah. Kedua-duanya saling berurus niaga dengan satu sama lain. Saya berikan contoh — apa yang sedang berlaku dengan industri gandum di Iraq. Pihak kerajaan membeli kesemua gandum yang dihasilkan di sana dan mengawal harganya demi memastikan harganya di bawah paras tertentu. IS mengawal lebih kurang 40% hasil gandum di Iraq. Jadi, kerajaan Iraq sebenarnya membeli gandum dari kawasan-kawasan yang dikuasai oleh IS. Ini adalah contoh baik bagaimana sebuah kerajaan yang sah sebenarnya berurus niaga dengan organisasi pengganas.

SS: Sebentar lagi kita akan berbincang tentang hubungan keganasan dan pembiayaan kerajaan, tapi sebelum itu saya mahu berkongsi satu lagi contoh. Saya pernah menemuramah seorang tukang adu HSBC yang membongkar amalan pengubahan wang haram yang turut digunakan untuk mendana organisasi pengganas — mungkin anda pernah mendengar kisah ini, kerana ia mendapat liputan meluas. Adakah ahli perniagaan yang berurusan dengan aliran tunai ini tidak peduli dari mana datangnya wang ini?

LN: Sememangnya. Saya rasa ekonomi dunia sekarang sedang mengecut; banyak negara mengalami kemelesetan, dan ada negara yang menuju ke arah deflasi. Jika seseorang datang membawa wang tunai mencari peluang pelaburan — anda tidak akan bertanya dari mana datangnya wang itu. Jadi, ekonomi tunai sebenarnya telah mengembang dengan pesat sejak 2008, dan ekonomi pasaran gelap juga telah pesat mengembang sejak 2008.

SS: Anda juga berkata yang selepas Patriot Act diwartakan, perniagaan yang didana oleh aktiviti keganasan telah berpindah dari Amerika Syarikat ke Eropah, bertukar daripada urusniaga  dalam dolar ke Euro. Boleh anda huraikan? Di manakah organisasi keganasan menyorokkan wang mereka sekarang?

LN: Selepas peristiwa 11 September, setiap urus niaga dalam dolar Amerika dipantau oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat di bawah Patriot Act — jadi orang yang tidak mahu pihak berkuasa A.S. mengetahui berapa banyak wang yang mereka miliki atau apa yang mereka lakukan dengan wang itu — tidak semestinya mereka ini ada kaitan dengan organisasi keganasan — membuat keputusan untuk mengalihkan wang mereka keluar daripada zon dolar ke Euro. Ini menjelaskan mengapa nilai matawang Euro meningkat secara mendadak daripada tahun 2001 sehingga 2005. Selepas itu, dunia dilanda krisis kewangan 2007-8 yang telah menghentam dolar dan Euro. Hari ini, hanya sedikit pendanaan keganasan yang berlangsung di zon Euro ataupun zon tradisi dolar. Semua urus niaga adalah dalam bentuk tunai dan di luar sistem perbankan antarabangsa secara mutlak. Jadi kita tidak tahu bagaimana untuk mengesan aliran dana ini seperti dahulu.

SSBoleh anda terangkan apabila anda kata yang pembayar cukai adakalanya mendana keganasan tanpa pengetahuan mereka? Bolehkah saya menjadi penaja keganasan? Bolehkah anda beri contoh yang lebih tepat?

LN: Salah satu contoh yang saya gunakan dalam buku saya ialah apa yang berlaku di Ireland Utara semasa zaman IRA. Pihak IRA menguasai setiap sistem pengangkutan swasta dan milik persendirian di sana; jadi setiap kali anda menaiki teksi, anda sebenarnya mendana IRA tanpa anda sedari. Satu lagi contoh ialah pembayar cukai di negara-negara yang mendana organisasi bersenjata. Sebagai contoh, hari ini di Amerika Syarikat, dan juga di Eropah, kita terlibat dengan beberapa kumpulan yang menentang IS di Syria dan Iraq — jadi wang yang disalurkan ke sana untuk membeli senjata, atau membantu mereka dalam usaha mereka untuk menentang IS sebenarnya datang daripada poket kita. Beberapa kumpulan ini, misalnya PKK, masih dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat dan juga Turki. Keadaan ganjil ini di luar jangkaan kita, kerana wajah peperangan telah berubah dengan ketara sejak tamatnya Perang Dingin.

SSSekarang ini, apakah masalah utama yang dihadapi oleh mana-mana kumpulan pengganas? Mencari duit ataupun ideologi? Apakah yang menjadi keutamaan kepada mereka?

LN: Mencari duit ialah keutamaan mereka kerana tanpa wang, apa pun tidak boleh berjalan. Ideologi sentiasa berputar sebagai bunyi latar. Ianya penting untuk merekrut — IS adalah contoh yang baik bagaimana ideologi digunakan secara moden dan pragmatik untuk membina sebuah negara. Ia menarik penyokong dari seluruh pelusuk dunia — tapi usaha ini tidak dapat menyokong kemandirian aktiviti keganasan, ataupun perjuangan untuk menakluk wilayah baru. Apa yang menyokong aktiviti ini adalah pengeluaran ekonomi -- lebih kurang sama seperti GDP sesebuah negara -- dalam wilayah yang dikuasai oleh organisasi tersebut.

SS: Bagaimana pula dengan dana yang mereka kutip, adakah wang itu digunakan untuk urus niaga atau untuk memastikan kelangsungan ideologi mereka?

LN: Oh, wang itu adalah untuk perniagaan. Ideologi mereka didukung oleh kewujudan dan pentadbiran wilayah mereka. Wilayah ini diuruskan sama seperti mana-mana kerajaan dalam dunia. Sebagai contoh, mereka ada mahkamah Islamik untuk menguruskan aduan masyarakat, ada pentadbiran, dan birokrasi yang menyokong urusan rakyat seharian. Mereka yang tinggal di wilayah IS menjalankan urusan seharian mereka dan membayar cukai sama seperti rakyat negara lain, dan wang ini disalurkan ke IS. Pada masa yang sama, mereka memberikan perkhidmatan kepada rakyat di bawah payung fahaman Salafi, dan ini membantu mereka untuk memantapkan penerapan ideologi mereka.

SS: Tapi bukankah ini boleh dikatakan sama untuk semua organisasi pengganas? Saya bertemu seorang wartawan yang telah mengikuti militan Islam di Syria; dia tidak pula bercerita tentang urus niaga kewangan — menurutnya, hampir segenap lapisan ahli kumpulan yang dijumpainya sangat bersemangat untuk menegakkan undang-undang Islam.

LN: Ya. Pada amatan saya, mereka yang menyertai organisasi seperti ini bukan mengejar keuntungan kewangan. Kita bukan bercakap tentang tentera upahan di sini. Kita maksudkan mereka yang digoda untuk menyertai — godaan sebenar kerana bagi remaja Islam yang tinggal di Barat, yang merasa tersisih daripada aliran normal masyarakat setempat, tiba-tiba menerima pelawaan dari IS, “Marilah bantu kami membina sebuah negara baru, datang dan bantulah kami membina sebuah utopia politik Islam” — sesuatu yang diusahakan masyarakat Islam sejak berkurun tetapi sering menemui kegagalan. Mereka ini tidak digerakkan oleh keuntungan, tetapi ideologi. Tapi untuk mencapai tahap ini, IS harus membina kedudukan mereka, dan mereka melakukan ini dengan wang.

SS: Bagaimana pula dengan tajaan oleh kerajaan tertentu? Misalnya, Taliban disokong oleh Pakistan, pihak Contra di Nicaragua oleh Amerika Syarikat. Dana dari negara Teluk disalurkan ke Syria, Iran adalah rakan Hezbollah — adakah keganasan boleh wujud tanpa tajaan mana-mana kerajaan?

LN: Sangat sukar untuk keganasan wujud tanpa tajaan sesuatu kerajaan. Secara amnya, pasukan bersenjata yang kita bincangkan di sini didana oleh sesuatu kerajaan atau organisasi, mahupun orang persendirian yang sangat kaya. Dalam kes pejuang Mujahidin, kita tahu yang CIA terlibat, begitu juga Arab Saudi — jadi sesuatu organisasi keganasan itu boleh ada lebih daripada satu penaja. Bila kumpulan itu sudah bertapak, jika ia cekap dan bijak, ia boleh menswastakan ‘perniagaan keganasan’; yakni mencari jalan menampung pembiayaan dirinya sendiri. Inilah yang telah terjadi dengan IS. Daripada 2011 ke 2013, ia ditaja oleh beberapa negara, contohnya Arab Saudi, Kuwait dan Qatar — bila ia sudah bertapak di wilayah tersebut, ia mengubah pendekatan kepada mengawal dan menswastakan 'perniagaan keganasan', jadi ia pun mula menguruskan sumber strategik bersama dengan penduduk setempat dan lama-kelamaan, ia tidak memerlukan dana dari luar lagi. Bila ini berlaku, organisasi keganasan itu boleh bertindak secara bebas dan tidak lagi mengikut telunjuk sesiapa pun.

SS: Saya tertanya sekiranya kita boleh menjejak siapa yang mendana kumpulan ini ... misalnya negara Teluk seperti Arab Saudi dan Qatar sering dituduh menjadi pendana keganasan. Tetapi, siasatan seringkali menunjukkan yang sumber kewangan ini banyaknya datang dari dana persendirian — adakah mungkin untuk kita menjejak individu terbabit, ataupun adil untuk menuduh kerajaan negara-negara tersebut, jika wang itu adalah daripada orang perseorangan?

LN: Dahulu kita boleh menjejak wang itu dengan mudah; misalnya sewaktu isu kontra Iran, dan menyurih bukti bahawa keputusan mendana kontra tersebut melalui jualan senjata api kepada Iran itu dibuat oleh Rumah Putih. Ini pada era 1980-an, pada zaman pemerintahan Reagan. Sekarang memang sukar untuk menjejak dana dengan cara yang sama kerana wang ini bergerak dalam bentuk tunai daripada Arab Saudi kepada sesiapa yang menjadi rakan IS yang aktif pada 2011-2012. Menjejak wang tunai adalah hampir mustahil. Dahulu ianya lebih mudah kerana aktiviti pendanaan seperti ini tidak banyak melibatkan wang tunai.

SS: Sekiranya saya seorang pengganas, bagaimanakah cara terbaik untuk mendapatkan lebih banyak dana? Adakah kemasyhuran negatif ('notoriety') penting untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak persendirian? Adakah perlu untuk menjadi lebih kejam atau jahat daripada pengganas yang lain untuk menarik perhatian jutawan Teluk agar mereka mula menghantar wang kepada saya?

LN: Sudah tentu jika anda lebih terkenal, anda akan menarik lebih banyak sumbangan. Saya rasa tidak perlu untuk menjadi lebih kejam ataupun ganas. Saya rasa anda perlu menjadi lebih cekap — dan inilah yang berlaku kepada IS. Strategi mereka sangat menarik kerana mereka tidak menyerang tentera Assad, mereka menyerang kumpulan jihadi yang lain — ini menaikkan nama mereka di kalangan pergerakan jihadi, kerana mereka nampak lebih kuat, lebih terurus, lebih gagah, jadi pejuang daripada kumpulan lain pun mahu menyertai mereka. Para penaja pula berfikir, “Oh, kumpulan ini sangat bagus, lebih hebat daripada yang lain, mari kita menderma kepada mereka.” Kemasyhuran negatif melalui Internet juga turut membantu. Organisasi ini sangat popular di Internet, kerana mereka sangat berjaya dan mereka dapat lebih banyak sumbangan daripada penyokong dan pesimpati dari seluruh dunia.

SSBila keganasan sayap kiri naik pada era 70-an, sebenarnya kumpulan pengganas daripada pelbagai negara berkait rapat antara satu sama lain, dari Ireland ke Jerman Barat, ke Palestin dan Jepun — bagaimana pula keadaannya sekarang? Adakah kumpulan pengganas ini bersaing antara satu sama lain, seperti syarikat? Kita lihat rengkahan antara Al-Qaeda dan IS. Adakah ini bukti mereka adalah pesaing di pasaran yang sama?

LN: Sudah tentu. Saya rasa situasi sekarang sangat berbeza berbanding 1970-an, kerana tiada lagi Perang Dingin. Sewaktu 1970-an rata-rata kumpulan pengganas adalah organisasi Marxist — Briged Merah misalnya, PLO, termasuk juga ETA, IRA — yang menentang penjajahan di Barat*. Mereka saling berkait rapat dan bantu-membantu; misalnya membeli senjata bersama secara pukal untuk menjimatkan kos. Hari ini, situasinya berbeza kerana ada persaingan sengit dalam pergerakan jihadi itu sendiri. Ini adalah hasil corak masyarakat sekarang. Segalanya bertumpu kepada diri sendiri membuatkan masing-masing mencari kelebihan untuk diri sendiri, termasuklah kumpulan pengganas. Al-Qaeda memang memandang negati terhadap IS — jangan lupa yang IS berasal daripada kumpulan Al-Zarqawi yang ditubuhkan pada 2003, yang tidak disukai Al-Qaeda kerana perbezaan strategi dan polisi. Tapi sekarang, boleh dikatakan bahawa IS telah mengalahkan Al-Qaeda dalam senarai organisasi jihadi yang utama. Maksud saya, mana-mana anak muda sekarang yang mahu pergi berjuang akan menyertai IS dan bukannya Al-Qaeda. 

SS: Nampaknya ada usaha penjenamaan semula di sini, daripada Al-Qaeda di Iraq ke ISIL, ke ISIS, ke IS — adakah ini sebahagian daripada strategi pemasaran? Adakah penjenamaan semula ini sebahagian daripada strategi perniagaan juga?

LN: Ya, sudah pasti. Penjenamaan semula ini adalah satu strategi asas yang utama. Apabila Al-Baghdadi mula-mula menjadi ketua apa yang digelarkan “Al-Qaeda di Iraq” pada 2010, dengan segera dia menukar nama ini kepada nama asalnya, iaitu “Kerajaan Islam di Iraq”. Dia berbuat begini kerana dia mahu menjarakkan diri daripada Al-Qaeda yang sangat tidak disukai di wilayah Sunni Iraq, dan begitu juga di Syria. Jadi, mereka menjenamakan diri mereka untuk membentuk satu identiti baru. Kemudian, bila mereka bergabung dengan Al-Nusra, yang ada kaitan dengan Al-Qaeda di Syria, penjenamaan ini diulang menjadi “Kerajaan Islam di Iraq dan Al-Sham”, iaitu nama Arab untuk Syria. Sekali lagi mereka menjarakkan diri daripada Al-Qaeda. Penjenamaan semula yang paling terkini, yang mungkin juga yang terakhir, ialah “Kerajaan Islam”, sama seperti kekhalifahan yang dibina oleh Nabi Muhammad pada kurun ke-7M. Sekarang mereka telah membentuk sebuah negara, dan ianya diberi nama Kerajaan Islam. Penjenamaan yang sangat ringkas, sangat kukuh dan sangat berkesan.

SS: Jadi bila ISIS memulakan kempen hubungan awam yang menonjol -- hingga muncul “ISIS cats” yang terkenal di Twitter, dan mereka juga menghasilkan video bermut -- sebenarnya mereka memancing sumbangan dan rekrut, betul atau tidak?

LN: Ya, mereka memancing sumbangan, memancing rekrut, dan menggunakan media untuk menggerunkan khalayak — jangan lupa yang tujuan utama pengganas ialah untuk menakut-nakutkan kita, kerana bila kita takut, kita tidak akan bertindak secara rasional dan seterusnya, merasakan yang musuh kita adalah lebih kuat daripada sebenarnya. Mereka menggunakan media sosial untuk tujuan ini. Itulah sebabnya kita dapat lihat hukuman mati yang kejam seperti pemenggalan kepala di media sosial, kerana itu akan menggerunkan kita.

SS: Menurut siasatan Newsweek bulan lepas, IS memperoleh sehingga 2.5 juta dolar dalam hasil minyak -- jualan minyak -- setiap hari. Siapa yang membeli minyak itu? Saya telah bertanya beberapa pakar, tapi tidak seorang pun dapat memberikan jawapan konkrit. Adalah minyak mustahil untuk dijejak juga?

LN: Tidak, kita boleh mengesannya, kita tahu dengan tepat ke mana perginya minyak itu. Minyak itu disalurkan sama ada ke Turki atau ke selatan Syria. Ianya dijual dalam lot kecil, bukan melalui saluran paip minyak biasa, tapi memang benar hasilnya bernilai dalam 2 ke 2.5 juta dolar sehari, bergantung kepada betapa mudah untuk menyeludupnya. Ianya dibeli oleh orang tempatan yang kemudian menjualnya semula dalam lot dan kuantiti yang kecil. Adalah mustahil untuk menyekat penyeludupan seumpama itu kerana kita tidak mengawal wilayah tersebut. Anda mungkin menganggap, “Bukankah Turki mengawal sempadan mereka?”, tetapi sempadan di antara Syria, Iraq dan Turki adalah sangat luas, dan kebanyakan penyeludupan berlaku di atas air, yakni sungai. Ini menambah kesukaran untuk mengesannya. Di kawasan selatan, memang sukar untuk mengawasi sempadan di sana kerana wilayah itu tidak dikawal oleh pihak berkuasa yang sebenar. Banyak wilayah di sana sedang dilanda anarki politik, jadi apakah cara untuk kita menjejaknya? Bagaimanakan ianya boleh disekat?

SS: Anda menyatakan bahawa IS ialah satu model baru untuk membina negara, anda sebut yang ianya mengawal 40% hasil pengeluaran gandum. IS berkelakuan seperti sebuah negara. Ia memonopoli keganasan, ia mempunyai ekonominya sendiri. Tapi berita melaporkan yang penduduk tempatan wilayah tersebut tidak mampu membayar untuk makanan atau air atau ubat-ubatan ataupun elektrik, manakala para pejuang — mereka pula hidup mewah. Benarkah organisasi keganasan boleh membina sebuah negara yang berfungsi? Apa pendapat anda?

LN: Menurut sumber saya, sebenarnya, saya tidak percaya yang para pejuang hidup mewah. Saya rasa itu tidak benar. Sebenarnya bayaran IS kepada pejuang mereka  adalah lebih rendah daripada yang diterima oleh pejuang Al-Qaeda ataupun Taliban. Saya rasa kita sedang menyaksikan sesuatu yang amat menakutkan — peralihan sebuah organisasi bersenjata kepada sebuah negara sebenar. Peralihan ini berlaku dengan menguruskan wilayah yang mereka kuasai seperti sebuah negara sebenar — ada pentadbiran, bahagian birokrasi dan juga sektor ketenteraan. Kedua sektor ini adalah terpisah dan ditadbir urus dengan berbeza. Rakyat biasanya berurusan dengan bahagian pentadbiran dan birokrasi IS. Mereka sedang membaiki prasarana, mewujudkan undang-undang dan ketenteraman, malah memberikan pelalian polio kepada kanak-kanak. Sebenarnya, mereka sedangkan mewujudkan satu bentuk kehidupan normal dan tenteram di wilayah yang telah mengalami kesengsaraan perang sejak sekian lama, dan mereka melakukannya kerana mereka mencari sokongan — hanya dengan sokongan ini dapat mereka membina negara ini, dan inilah yang sedang mereka usahakan.

SS: Baiklah, begitulah suatu tinjauan yang menarik dalam kehidupan biasa di wilayah yang dikuasai oleh pengganas. Terima kasih atas perkongsian ini. Kita tadi berbual dengan Loretta Napoleoni, pakar ekonomi keganasan. Kita telah berbincang tentang bagaimana keganasan didana pada masa kini dan bagaimana ia berkait rapat dengan pembiayaan daripada kerajaan dan perniagaan. Setakat ini sahaja edisi Sophie&Co pada hari ini, kita berjumpa lagi di lain hari.


*Briged Merah mahukan kerajaan Komunis di Eropah. 
PLO (Palestine Liberation Organisation) menuntut kemerdekaan Palestin. 
ETA (“Euskadi ta Askatasuna” atau Kemerdekaan Negara Basque) adalah pejuang pemisah yang mahukan negara Basque yang merdeka daripada Sepanyol. 
IRA (Irish Republican Army) adalah pasukan bersenjata yang meahukan kemerdekaan Ireland Utara daripada pemerintahan United Kingdom.

20.5.15

Nakalkah nafsu?

Aku tak berapa menyukai puisi. Pemikiranku telus, tiada simpang siur. Aku tak tahu menghargai pembayang dan metafora. Jiwaku tiada ketidakteraan (subtlety) untuk membaca yang tersirat di antara garisan. 

Tapi aku suka pantun. Aku sukakan rentak bahasanya, aku sukakan irama suku katanya. Aku hanya menghargai kehalusan makna tersirat dalamnya bila menghadiri satu kuliah Allahyarham Pak Tenas Effendy tentang kesantunan Melayu. Itulah kali pertama aku menghadiri kuliah yang membuka mata jiwaku sehingga terpaksa mengesat air mata.

Pembacaanku dalam bahasa ibundaku terlalu terhad. Aku tidak pernah tahu nilai erotis yang wujud dalam kesusasteraan Melayu. Mungkin kerana aku dibesarkan dalam suasana pembudayaan keIslaman yang condong ke Asia Barat dan menenggelamkan estetika budaya leluhurku yang dianggap "rosak" ataupun lucah. 

Sesungguhnya satu-satunya pembacaan bahasa ibundaku yang menyentuh perkara seksual secara langsung adalah satu buku lucah yang dipinjamkan oleh kawan sekelasku. Buku itu tiada penerbit, sekadar satu salinan fotokopi yang dijilid tanpa kulit muka. Sungguh tak stim baca buku lucah bila terpaksa cari makna perkataannya dalam kamus, tau! Tapi kalau bahasa Inggeris, cukup pula perbendaharaan kata-kata lucahku. =P

Pertemuanku dengan Cik Puan Zalina Abdul Aziz, pencoret hikayat Nusantara yang tersohor itu, membenih bibit ingin tahu akan kesusasteraan lama bahasa ibundaku yang kian luput. Beliau memberitahuku bahawa penulisan lama mempunyai nilai erotis yang tinggi. Aku tak ingat tajuknya, tapi ada hikayat yang mempunyai satu perenggan yang bertumpu hanya kepada cumbuan! Itu belum termasuk babak rangkulan dan ... dan ... apa-apalah seterusnya. Kalah penerbitan Ellora's Cave!

Menurutnya lagi, penglipur lara silam menghargai kepentingan eros dalam menggalakkan penceritaan dan membangunkan watak. Masyarakat Melayu dahulunya tidak kolot perihal nafsu dan seksualiti. Tapi ini mula terhakis bila pembudayaan Arab semakin menular sejak tahun 70an di sini. Sayang seribu kali sayang.

Tuan Suhaimi, sahabatku mukabuku aku dari Kota Singa, seorang budayawan, penyair dan pengkaji persenjataan Melayu, telah memperkenalkanku kepada pantun erotis bahasa ibundaku. Alangkah menakjubkan! Berikut antara perkongsian beliau:




Nyiur gading di tepi halaman
Buah setandan masak kemirau
Tidur sepicing mimpikan tuan
Kononnya tuan datang bergurau


Anak cindai anak serasah
Ketiga anak rakam keling
Kalau diampai bertambah basah
Kalau direndam bertambah kering

Kain dicelup akan kesumba
Direndam lama jadi pelangi
Tuan dipeluk lalu diriba
Puaslah dendam selama ini

Kain selerang kain pelikat
Payung terkembang tengah hari
Sungguhlah abang pandai memikat
Burung terbang menyerah diri

Kalau ada kain berkampuh
Apalah guna kain selerang
Kalau ada angin merempuh
Takkanlah bunga tak mau kembang

Tengah malam mimpikan bulan
Mimpi dipagar bintang tujuh
Tengah malam mimpikan tuan
Mimpi bertukar kain ditubuh

Rumah besar digoncang bayu
Atap ijuk dindingnya papan
Tuan umpama kain baju
Tidaklah luput dari badan

Hilir labuh mudik labuh
Akan jinjing sarang tempua
Huraikan rambut yg labuh
Akan payung kita berdua

Jikalau tuan pergi ke laut
Bawa balik ketam bertelur
Kalau tuan menjadi rambut
Biar saya suntingkan melur

Melapuh kaki ku terkena tunggul
Tunggul besar ditengah padang 
Gelusuh hati ku melihat sanggul
Sanggul besar bunga bergoyang

Terbang burung di gunung ledang
Anak undan gugur bulunya
Kalau boleh pinjam selendang
Abang rindu akan baunya

Sedap baunya kenanga hutan
Tarik akar jalinkan lantai
Sedap baunya adinda tuan
Lekat dikain kekanda pakai

Hilir labuh mudik labuh 
Akan jinjing sarang tempua
Huraikan rambut yg labuh
Akan payung kita berdua

Wajah ayu si bujur sireh
Kulit berseri si kuning langsat
Hati ku sayu bercampur sedih
Sudah ku beri tidak ku dapat

Kening lentik rambutnya ikal
Baju biru berleher jinjang
Wajahnya cantik senyumnya nakal
Terbayang hamba hingga ke ranjang

Pinggang ramping bagai kerengge
Pipi merah pauh di mayang
Tiada boleh mencari lega
Tidur malam terbayang-bayang

Aku masih meneliti kedalaman makna dan menafsir perutusan pantun-pantun ini yang tersurat dan tersirat. Apa yang pasti ialah budaya sastera masyarakatku sebenarnya sangat tinggi kehalusan estetika bahasanya hingga berjaya menukil yang nakal dengan kata-kata yang lunak. Kehangatan dan keghairahan yang disampaikan tidak tawar sekalipun ayat dikias berlapik. 

Terima kasih, Tuan Suhaimi Nasrain.


Quick dash




She stepped out of the awning of the building and inhaled deeply. Roast coffee, toasted bread, motor oil, the clogged drain a block over. The old leather jacket creaked across her shoulders as she hunched the light rain, her messenger style bag bulging at her side. A quick dash and she disappeared into a waiting cab on the curb.

He allowed the gauzy curtain to fall again. The tight clench in his belly slowly released. He exhaled slowly, his lungs deflating with each second, as though expelling an evil miasma.


Tonight, he can sleep again.

NB: Written during the course of this song. No edits.

21.4.15

Pulanglah sebelum Maghrib

Gergaji rantai di tangan Ayub mengaum gagah, hingarnya memecah kesunyian senja Ahad itu. Sedikit demi sedikit, dahan manggis yang kekar gugur ke tanah, pangkal yang dimamah mata bilah bergerigi melelehkan getah bak darah dari anggota yang diketak. Langit merah disinari mentari yang mencecah ufuk barat mengintai di celah-celah rimbunan menipis pokok yang mabuk daun itu. Milah berpesan agar dia pulang sebelum Maghrib tapi dia mahu menghabiskan rancangannya di kebun itu dahulu.

Tiba-tiba ekor mata Ayub menangkap suatu kelibat melintas pandangan sisinya. Ngauman gergaji rantainya terhenti. Hatinya merungut sambil tangannya menarik picu untuk menghidupkan semula motor gergaji itu. Panas hati Ayub bila motor gergaji itu hanya menderam tapi tidak menangkap untuk hidup semula.  Hanya lagi dua dahan dan kerjanya akan selesai.

Sedang dia asyik untuk menghidupkan motor gergaji itu, Ayub terasa seperti dahan dia bertenggek itu menyenget, seakan-akan ada bebanan selain daripadanya di atas dahan itu. Ayub mengangkat wajahnya dan memandang sekeliling. Kelam berbalam di bawah rimbunan tidak memberikan pencerahan. Jantungnya berdegup kencang melihat hujung dahan tenggekannya semakin senget. Dahan sebesar peha kerbau johannya itu tiba-tiba terasa rapuh. Tapi masih tiada apa yang dapat ditangkap pancainderanya mengapa dahan itu mengerang bagai dibebani seekor gajah yang bergayut padanya.

KRAK!

Kata orang bila kita di ambang maut, sekilas hidup kita terbayang di mata. Beberapa saat tubuhnya terjunam sepuluh meter untuk terhempas atas dahan-dahan manggis yang sudah dikeratnya terasa seperti titisan susu getah petang yang menitik ke dalam cawan tadahnya - tiada penghujungnya.

Tapi guni kulit yang menyaluti daging pejal dan tulang-temulang membentuk tubuh Ayub tidak berdaya menahan tarikan graviti. Daya yang dijana tenaga kinetik dan tenaga potensi daripada jatuhannya menghempaskan tubuhnya tanpa rasa belas atas tilam dahan dan ranting tajam yang mengelilingi batang pokok manggis yang sudah berusia lebih empat puluh tahun itu. Impak hentakan tubuhnya membuatkan Ayub pitam seketika kerana kesakitan.

Tubuhnya tergelimpang mirip kusyen cucuk pin tukang jahit yang sudah terkeluar isinya. Dahan manggis menebuk dada kanan dan abdomennya. Darah hitam pekat membuak keluar dari luka abdomennya, tanda hatinya sudah pecah.

Ayub terlentang sambil terkebil-kebil. Tangan dan kakinya menguit di luar kawalannya seperti dia terkena renjatan elektrik. Nafasnya tersekat-sekat, Ayub tidak berdaya untuk menjerit.

Pandangannya yang semakin kabur terpaku pada dahan atas tempat dia bertenggek tadi. Ada suatu susuk tubuh sedang membelek gergaji rantai yang ajaibnya tidak terjatuh bersamanya. Mata Ayub berkelip-kelip cuba memfokus ke arah gergajinya. Kejutan akibat pendarahan teruk telah mengabui pemikirannya, kesakitan yang sepatutnya menguasai kesedarannya berundur bak air surut.

Ngauman gergaji rantainya kembali berkumandang. Pandangan terakhir Ayub ialah kilauan mentari senja yang mengucup bilah gergaji rantainya yang menjunam ke atas tubuhnya yang sudah terlumpuh.

7.4.15

Autophagy*


Picture by alizzzz is stolen from here

I taste like clouds.

The scissor didn't hurt as much as I'd thought. Its point slipped through the fibre of my skin delicately, elegantly. The blades snipped through me almost by its own volition, its jaws opening and closing with unexpected gentleness, separating the threads tenderly.

I taste like clouds.

I look down as the scissors progressed from the base of my belly, moving up and up, all the way to my throat. The blades stopped. My skin separated beneath the pressure of the incision.

I taste like clouds.

Almost immediately my stuffings fell out, like eager children after the bell rang, tumbling out the door that had confined them. My stuffings billowed out like exuberant clouds racing through the sky of a sunny afternoon. It fell out between my paw-feet, pillowy soft. I could feel the pressure within me ease. My knee gave way and I slumped against the wall.

I taste like clouds.

My paw-hand trembled as I scooped up what once gave me form and dimension. It seemed wrong to leave it wasted on the floor. I didn't know what to expect. It was soft and springy, the darker pink contrasted beautifully with the pale shell of my skin.

I taste like clouds.

I squeezed my hand-paw. I thought I'd feel a tug within, but nothing. My stuffing regained its former fluff, with a faint trace of the shape of my palm. The slight breeze from the fan made it quiver. I didn't notice as more spilled out of me, decorating the floor with whimsy.

I taste like clouds.

My stuffing crossed my lips. It was like a blissful sacrament of tenderness and joy. The sweetness was indescribable. It rested on my tongue for an eternity, before my jaws moved slowly, my teeth grinding my stuffing industriously, thoughtfully.

I taste like clouds.

The adults always tell you not to play with scissors, but they don't know what I know now: the scissors were a liberator. I am now free of the weight of my form and function.

I can just be.

I am.

Free.

*Title is taken from the biology term that describes "eating one's self". Cross-posted.

31.3.15

Penyelamat Ranggi



Picture is writing prompt in Mari Menulis group.

Segala lenguh-lenguh yang mencengkam otot-otot yang membawanya menjejak dua lembah dan separuh jalan menaiki Bukit Sepah lenyap apabila pandangannya tertangkap kepada susuk kecil yang mengerekot di perdu pokok ketapang kecil itu. Gatal-gatal gigitan serangga dan pedih calar-balar diraut oleh ranjau sepanjang trek itu terlupa buat seketika. Ahmad menghela nafas lega apabila dilihatnya kanak-kanak itu menguit-nguit, tanda dia masih lagi bernyawa.

"Rosina..."panggilnya dengan lembut. Anak kecil itu membuka mata dan mula bangkit, duduk. Wajah mungilnya terkesan dengan bekas air mata, comot dengan kesan tanah dan pelbagai lagi. Bau asap yang kuat menyelubungi kanak-kanak itu.

Ahmad mendaki satah bukit itu dengan berhati-hati, tanah dan daun kering melurut turun di bawah but bersaiz 12 itu. Tangannya mendepang untuk merangkul anak yang mula menangis itu, tubuh kecilnya ringan sekali dan hangat. Perlahan-lahan Ahmad membawa kanak-kanak itu turun, tidak menghiraukan klik-klik daripada telefon bimbit yang merakamkan adegan itu.

Sehingga hari ini Ahmad tidak tahu bagaimana anak kecil itu ditemui 15 kilometer daripada tempat perkelahan keluarganya berlibur dan cara mana dia terselamat daripada kebakaran belukar yang telah memusnahkan hutan lipur itu.






29.1.15

Sekali datang bah

Writing prompt:


 
Jika rumahku adalah syurgaku, kini syurgaku telah ditabrak malapetaka. Dinding yang Ayah cat bersama aku dan Abang dua Ramadhan yang lepas kini menunggu masa untuk menyembah bumi. Malam tadi kami tidur berbumbungkan bintang-bintang yang berjuta tahun cahaya jauhnya; atap zink yang dulu ku runguti kerana menakung bahang telah lesap bersama ribut. Kami semua bangun subuh dengan bengkak bengkil ehsan nyamuk dan pelbagai serangga yang memohon dermaan darah.

Sebaik pulang dari pusat pemindahan, kami membersihkan dapur agar ada ruangan untuk memasak dan membasuh, mengembalikan rentak normal dalam hidup kami. Yang masih utuh hanyalah para dapur yang dibina daripada konkrit dan sinki, Adik telah menghabiskan masa sepanjang pagi semalam untuk membersihkan penunu dapur yang berkerak dengan selut kering. Dapatlah Ibu menjerang air dan mentanak beras sumbangan program bantuan yang Abang dapatkan di sekolah Cina di pekan kelmarin.

Tiada satu pun perabot dalam rumahku yang masih elok. Aku dan Adik telah menarik keluar semua tilam dan bantal dan kusyen; yang masih elok kami basuh dan jemur, selainnya ditimbun untuk dilupuskan. Bagaimana, aku pun tak tahu. Almari yang dulu dipenuhi pinggan mangkuk yang Ibu bayar bulan-bulan dengan duit kutu, duit jual kuih dan anyam tikar kini ditimbunkan di luar bersama lain-lain sampah sarap kayu untuk dibakar. Tiada satu pun pinggan mangkuk itu masih utuh, semuanya hancur beribu serpih, bertaburan, menanti untuk melukakan kaki yang tidak berhati-hati. Mata Ibu merah tetapi kering memerhatikan aku dan Abang menyodok serpih-serpih itu untuk dibuang. Hanya mangkuk dan cawan plastik dengan gambar Upin dan Ipin yang Ayah belikan untuk Adik sewaktu dia kecil dahulu yang tinggal. Ianya tak lengkap, maka kami pun makan dan minum bergilir-gilir, berkongsi apa yang ada.

Barang persiapan untuk perkahwinan Abang juga telah lenyap bersama air bah. Aku terdengar dia berbincang dengan Ibu malam tadi untuk menangguhkan rancangan pernikahannya dengan Kak Nita. Suara garau Abang rendah dan berkocak nadanya dengan air mata yang tidak berlinang. Ibu berjanji akan menghubungi keluarga tunangan Abang untuk berbincang; tidak seperti Abang air mata Ibu melimpah dengan rasa kasih dan sedih kerana impian Abang untuk majlis yang meriah telah runtun. Aku hanya mampu tunduk dan berkongsi kesayuan Ibu.

Aku duduk bersama Ayah di bawah pokok rambutan di tepi rumah; pangkin yang dipaku bersama oleh Ayah daripada saki baki papan membaiki reban. Memang ajaib bagaimana beberapa papan buruk itu masih utuh sedangkan tapak konkrit bilik air kami hanyut bak istana pasir di air pasang. Ayah mengeluarkan sebatang rokok dan mancis dari saku bajunya. Kertas gulung yang disumbat tembakau dengan serbuk cengkih itu dinyalakan. Haruman tembakau dan cengkih yang terbakar itu menyekat buat sementara bau hanyir, maung dan aroma busuk sampah sarap yang ditinggalkan oleh bah yang surut. Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba menyumbat hidungku dengan asap rokok yang selama ini tidak kusukai, agar dapat menyengkang sementara bau igauan ngeri kehidupanku.

Mata Ayah redup memerhatikan halaman rumahku. Pokok kelapa gading di tepi jalan semakin condong, akarnya diumpil arus deras minggu lepas. Alhamdulillah pokok rambutan dan mangga di sekeliling rumahku masih kukuh. Sudah tidak kelihatan lagi rumput karpet yang tebal yang dulunya menjadi tempat Adik berlatih main bola. Lumpur masih lagi menyelimuti halaman kami walaupun Abang dan Ayah telah berusaha menyodok lumpur tebal dan hanyir itu sebanyak mungkin. Kerongkongku terasa bengkak kembali menahan tangisan, menelan air mata kekecewaan dan ketakutan yang mencengkam tatkala aku terasa lemah mengenangkan segala yang telah hilang.

Bibir Ayah mengukirkan senyuman sambil dia menyedut asap rokoknya.

"Esok kalau ungka tu datang nak ranggas buah kita, mesti dia terkejut."

Aku terkebil-kebil. Lima minit kemudian Ibu keluar menjenguk mengapa dua beranak ini masih lagi ketawa berdekah-dekah.