Asyik aku menapak naik, dua orang lelaki lengkap untuk pergi merempit berselisih denganku. Aku mengerutkan hidung dan cuba menahan nafas, tapi bau hapak tubuh dan baju tak berbasuh yang disulami dengan asap rokok basi itu tetap menusuk deria bauku yang sensitif.
Sampai ke paras rumah sewaku, lampu itu akhirnya menyerah kalah. Cahaya dari lampu jalan yang mengintip di celah-celah lubang pengudaraan di hujung sana gagal memecah kegelapan menyelubungi koridor sunyi itu. Aku masuk ke rumahku dan mencampakkan beg sandangku di atas sofa. Jiran sebelahku tidak boleh tidur lagi; terdengar bunyi gitar klasik dipasang perlahan bagi menemaninya membaca. Perut ku berkeroncong, mematahkan semangat aku untuk mandi. Langkahku kembali ke dapur.
Aku menghabiskan saki-baki hidangan tengahari kelmarin dan memasang ingatan di telefon bimbitku untuk ke pasar Chow Kit esok. Peti aisku sekosong almari Mother Hubbard dari cerita kanak-kanak Enid Blyton yang aku sukai semasa kecil dulu. Aku habiskan susu, membilas karton kosong itu sebelum mencampaknya ke timbunan barang kitar semula. Hmm ... kena singgah tong sampah juga.
Banyak betul kerja aku esok nampaknya.
Bilik air rumah sewaku dulu sangat daif sewaktu aku mula-mula pindah. Tanpa memperdulikan kontrak sewaan, aku telah menukar mangkuk tandas dan sinki yang retak dihiasi lumut hitam. Itulah gunanya ada abang kontraktor kelas A, bukan? Aku cuba mengekalkan elemen-elemen retro bangunan yang dibina sewaktu zaman pop yeh yeh dulu; aku rasa Austin Powers pun akan selesa melepak di sini.
Habis mandi dan berus gigi, aku menyarungkan t-shirt zaman haluansiswaku yang nipis setelah dibasuh beratus kali bersama seluar pendek yang kucuri dari almari kakakku. Seperti kebiasaannya aku tidak memasang lampu; memadailah sinaran neon Kuala Lumpur yang membelah malam. Kertas dinding monitor komputerku menayangkan gambar terbaru Winchester bersaudara di penjuru ruang yang aku label "pejabat"ku; aku sepatutnya menyiapkan laman web untuk perniagaan kek cawan kawan kakakku.
Tanpa rasa bersalah aku berlanjar di atas lantai di hadapan beranda dengan buku terbaru Carrie Vaughn di tanganku. Aku hanyut dibawa kisah pengembaraan Kitty dan hanya menutup buku itu setelah azan subuh berkumandang. Menggeliat sepuas-puasnya, aku bangun ke bilik air.
Click here to get Images &Tiger Pictures - Pictures
Seorang harimau jadian yang ketagih fiksyen paranormal.Itulah aku.
well,
BalasPadamto be honest, selaku seorang yang sangat memilih untuk membaca, tulisan ini mampu membuatkan aku fokus dan membaca setiap huruf dari awal hingga akhir. ikhlas.
and i am waiting for next episode.
Yay! Aku berjaya!!!
BalasPadam*kembang sekejap*
Terima kasih kerana membaca. Aku tak pandai untuk mengolah satu kisah panjang yang koheren, maka aku hanya menulis kisah-kisah sangat pendek yang terlintas di benakku.
Hee!
bace komen pun dah sakit perut! adei...mateku berair XD
BalasPadamEee!!!! Seronoknya dapat buat Shikin gelak!
BalasPadam*bertambah kembang kempis*