"Jalan elok2 balik tu. Jangan lak singgah tempat bukan2. Jangan biarkan budak tu kena angin malam, kang sakit," teriak kepala ibu mentuanya. Mata Mak Biah terang menyuluh halaman pokok tempat mentuanya diam di tengah2 Hutan Puaka.
Bapa mentuanya menawarkan kepala Mak Biah untuk dijadikan penyuluh tapi ditolak dengan lembut oleh Misnah. Bulan mengambang seakan bergayut di pucuk pokok cukup untuk menyinari denai ke pondoknya di seberang Hutan Puaka. Lagi pun, Misnah tahu yang Pak Lah amat mengasihi isterinya dan akan merinduinya sekiranya ditinggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tokok-tambah