17.11.15
20.5.15
Nakalkah nafsu?
Aku tak berapa menyukai puisi. Pemikiranku telus, tiada simpang siur. Aku tak tahu menghargai pembayang dan metafora. Jiwaku tiada ketidakteraan (subtlety) untuk membaca yang tersirat di antara garisan.
Tapi aku suka pantun. Aku sukakan rentak bahasanya, aku sukakan irama suku katanya. Aku hanya menghargai kehalusan makna tersirat dalamnya bila menghadiri satu kuliah Allahyarham Pak Tenas Effendy tentang kesantunan Melayu. Itulah kali pertama aku menghadiri kuliah yang membuka mata jiwaku sehingga terpaksa mengesat air mata.
Pembacaanku dalam bahasa ibundaku terlalu terhad. Aku tidak pernah tahu nilai erotis yang wujud dalam kesusasteraan Melayu. Mungkin kerana aku dibesarkan dalam suasana pembudayaan keIslaman yang condong ke Asia Barat dan menenggelamkan estetika budaya leluhurku yang dianggap "rosak" ataupun lucah.
Sesungguhnya satu-satunya pembacaan bahasa ibundaku yang menyentuh perkara seksual secara langsung adalah satu buku lucah yang dipinjamkan oleh kawan sekelasku. Buku itu tiada penerbit, sekadar satu salinan fotokopi yang dijilid tanpa kulit muka. Sungguh tak stim baca buku lucah bila terpaksa cari makna perkataannya dalam kamus, tau! Tapi kalau bahasa Inggeris, cukup pula perbendaharaan kata-kata lucahku. =P
Pertemuanku dengan Cik Puan Zalina Abdul Aziz, pencoret hikayat Nusantara yang tersohor itu, membenih bibit ingin tahu akan kesusasteraan lama bahasa ibundaku yang kian luput. Beliau memberitahuku bahawa penulisan lama mempunyai nilai erotis yang tinggi. Aku tak ingat tajuknya, tapi ada hikayat yang mempunyai satu perenggan yang bertumpu hanya kepada cumbuan! Itu belum termasuk babak rangkulan dan ... dan ... apa-apalah seterusnya. Kalah penerbitan Ellora's Cave!
Menurutnya lagi, penglipur lara silam menghargai kepentingan eros dalam menggalakkan penceritaan dan membangunkan watak. Masyarakat Melayu dahulunya tidak kolot perihal nafsu dan seksualiti. Tapi ini mula terhakis bila pembudayaan Arab semakin menular sejak tahun 70an di sini. Sayang seribu kali sayang.
Tuan Suhaimi, sahabatku mukabuku aku dari Kota Singa, seorang budayawan, penyair dan pengkaji persenjataan Melayu, telah memperkenalkanku kepada pantun erotis bahasa ibundaku. Alangkah menakjubkan! Berikut antara perkongsian beliau:
Nyiur gading di tepi halaman
Buah setandan masak kemirau
Tidur sepicing mimpikan tuan
Kononnya tuan datang bergurau
Anak cindai anak serasah
Ketiga anak rakam keling
Kalau diampai bertambah basah
Kalau direndam bertambah kering
Kain dicelup akan kesumba
Direndam lama jadi pelangi
Tuan dipeluk lalu diriba
Puaslah dendam selama ini
Kain selerang kain pelikat
Payung terkembang tengah hari
Sungguhlah abang pandai memikat
Burung terbang menyerah diri
Kalau ada kain berkampuh
Apalah guna kain selerang
Kalau ada angin merempuh
Takkanlah bunga tak mau kembang
Tengah malam mimpikan bulan
Mimpi dipagar bintang tujuh
Tengah malam mimpikan tuan
Mimpi bertukar kain ditubuh
Rumah besar digoncang bayu
Atap ijuk dindingnya papan
Tuan umpama kain baju
Tidaklah luput dari badan
Hilir labuh mudik labuh
Akan jinjing sarang tempua
Huraikan rambut yg labuh
Akan payung kita berdua
Jikalau tuan pergi ke laut
Bawa balik ketam bertelur
Kalau tuan menjadi rambut
Biar saya suntingkan melur
Melapuh kaki ku terkena tunggul
Tunggul besar ditengah padang
Gelusuh hati ku melihat sanggul
Sanggul besar bunga bergoyang
Terbang burung di gunung ledang
Anak undan gugur bulunya
Kalau boleh pinjam selendang
Abang rindu akan baunya
Sedap baunya kenanga hutan
Tarik akar jalinkan lantai
Sedap baunya adinda tuan
Lekat dikain kekanda pakai
Hilir labuh mudik labuh
Akan jinjing sarang tempua
Huraikan rambut yg labuh
Akan payung kita berdua
Wajah ayu si bujur sireh
Kulit berseri si kuning langsat
Hati ku sayu bercampur sedih
Sudah ku beri tidak ku dapat
Kening lentik rambutnya ikal
Baju biru berleher jinjang
Wajahnya cantik senyumnya nakal
Terbayang hamba hingga ke ranjang
Pinggang ramping bagai kerengge
Pipi merah pauh di mayang
Tiada boleh mencari lega
Tidur malam terbayang-bayang
Aku masih meneliti kedalaman makna dan menafsir perutusan pantun-pantun ini yang tersurat dan tersirat. Apa yang pasti ialah budaya sastera masyarakatku sebenarnya sangat tinggi kehalusan estetika bahasanya hingga berjaya menukil yang nakal dengan kata-kata yang lunak. Kehangatan dan keghairahan yang disampaikan tidak tawar sekalipun ayat dikias berlapik.
Terima kasih, Tuan Suhaimi Nasrain.
Quick dash
She stepped out of the awning
of the building and inhaled deeply. Roast coffee, toasted bread, motor oil, the
clogged drain a block over. The old leather jacket creaked across her shoulders
as she hunched the light rain, her messenger style bag bulging at her side. A
quick dash and she disappeared into a waiting cab on the curb.
He allowed the gauzy curtain to
fall again. The tight clench in his belly slowly released. He exhaled slowly,
his lungs deflating with each second, as though expelling an evil miasma.
Tonight, he can sleep again.
NB: Written during the course of this song. No edits.
21.4.15
Pulanglah sebelum Maghrib
Gergaji rantai di tangan Ayub mengaum gagah, hingarnya memecah
kesunyian senja Ahad itu. Sedikit demi sedikit, dahan manggis yang kekar
gugur ke tanah, pangkal yang dimamah mata bilah bergerigi melelehkan
getah bak darah dari anggota yang diketak. Langit merah disinari mentari
yang mencecah ufuk barat mengintai di celah-celah rimbunan menipis pokok
yang mabuk daun itu. Milah berpesan agar dia pulang sebelum Maghrib tapi dia mahu menghabiskan rancangannya di kebun itu dahulu.
Tiba-tiba ekor mata Ayub menangkap suatu kelibat melintas pandangan sisinya. Ngauman gergaji rantainya terhenti. Hatinya merungut
sambil tangannya menarik picu untuk menghidupkan semula motor gergaji
itu. Panas hati Ayub bila motor gergaji itu hanya menderam tapi tidak menangkap untuk hidup semula. Hanya lagi dua dahan dan
kerjanya akan selesai.
Sedang dia asyik untuk menghidupkan motor gergaji itu, Ayub terasa
seperti dahan dia bertenggek itu menyenget, seakan-akan ada bebanan selain
daripadanya di atas dahan itu. Ayub mengangkat wajahnya dan memandang
sekeliling. Kelam berbalam di bawah rimbunan tidak memberikan
pencerahan. Jantungnya berdegup kencang melihat hujung dahan
tenggekannya semakin senget. Dahan sebesar peha kerbau johannya
itu tiba-tiba terasa rapuh. Tapi masih tiada apa yang dapat ditangkap
pancainderanya mengapa dahan itu mengerang bagai dibebani seekor gajah
yang bergayut padanya.
KRAK!
Kata orang bila kita di
ambang maut, sekilas hidup kita terbayang di mata. Beberapa saat
tubuhnya terjunam sepuluh meter untuk terhempas atas dahan-dahan manggis yang
sudah dikeratnya terasa seperti titisan susu getah petang yang menitik
ke dalam cawan tadahnya - tiada penghujungnya.
Tapi guni kulit
yang menyaluti daging pejal dan tulang-temulang membentuk tubuh
Ayub tidak berdaya menahan tarikan graviti. Daya yang dijana tenaga
kinetik dan tenaga potensi daripada jatuhannya menghempaskan tubuhnya tanpa
rasa belas atas tilam dahan dan ranting tajam yang mengelilingi
batang pokok manggis yang sudah berusia lebih empat puluh tahun itu. Impak
hentakan tubuhnya membuatkan Ayub pitam seketika kerana kesakitan.
Tubuhnya tergelimpang mirip kusyen cucuk pin tukang jahit yang
sudah terkeluar isinya. Dahan manggis menebuk dada kanan dan
abdomennya. Darah hitam pekat membuak keluar dari luka abdomennya, tanda hatinya sudah pecah.
Ayub terlentang sambil terkebil-kebil. Tangan dan kakinya
menguit di luar kawalannya seperti dia terkena renjatan elektrik.
Nafasnya tersekat-sekat, Ayub tidak berdaya untuk menjerit.
Pandangannya yang semakin kabur terpaku pada dahan atas tempat dia bertenggek tadi.
Ada suatu susuk tubuh sedang membelek gergaji rantai yang ajaibnya tidak
terjatuh bersamanya. Mata Ayub berkelip-kelip cuba memfokus ke arah
gergajinya. Kejutan akibat pendarahan teruk telah mengabui
pemikirannya, kesakitan yang sepatutnya menguasai kesedarannya berundur
bak air surut.
Ngauman gergaji rantainya kembali berkumandang.
Pandangan terakhir Ayub ialah kilauan mentari senja yang mengucup bilah
gergaji rantainya yang menjunam ke atas tubuhnya yang sudah terlumpuh.
7.4.15
Autophagy*
I taste like clouds.
The scissor didn't hurt as much as I'd thought. Its point slipped through the fibre of my skin delicately, elegantly. The blades snipped through me almost by its own volition, its jaws opening and closing with unexpected gentleness, separating the threads tenderly.
I taste like clouds.
I look down as the scissors progressed from the base of my belly, moving up and up, all the way to my throat. The blades stopped. My skin separated beneath the pressure of the incision.
I taste like clouds.
Almost immediately my stuffings fell out, like eager children after the bell rang, tumbling out the door that had confined them. My stuffings billowed out like exuberant clouds racing through the sky of a sunny afternoon. It fell out between my paw-feet, pillowy soft. I could feel the pressure within me ease. My knee gave way and I slumped against the wall.
I taste like clouds.
My paw-hand trembled as I scooped up what once gave me form and dimension. It seemed wrong to leave it wasted on the floor. I didn't know what to expect. It was soft and springy, the darker pink contrasted beautifully with the pale shell of my skin.
I taste like clouds.
I squeezed my hand-paw. I thought I'd feel a tug within, but nothing. My stuffing regained its former fluff, with a faint trace of the shape of my palm. The slight breeze from the fan made it quiver. I didn't notice as more spilled out of me, decorating the floor with whimsy.
I taste like clouds.
My stuffing crossed my lips. It was like a blissful sacrament of tenderness and joy. The sweetness was indescribable. It rested on my tongue for an eternity, before my jaws moved slowly, my teeth grinding my stuffing industriously, thoughtfully.
I taste like clouds.
The adults always tell you not to play with scissors, but they don't know what I know now: the scissors were a liberator. I am now free of the weight of my form and function.
I can just be.
I am.
Free.
*Title is taken from the biology term that describes "eating one's self". Cross-posted.
31.3.15
Penyelamat Ranggi
Picture is writing prompt in Mari Menulis group.
Segala lenguh-lenguh yang mencengkam otot-otot yang membawanya menjejak dua lembah dan separuh jalan menaiki Bukit Sepah lenyap apabila pandangannya tertangkap kepada susuk kecil yang mengerekot di perdu pokok ketapang kecil itu. Gatal-gatal gigitan serangga dan pedih calar-balar diraut oleh ranjau sepanjang trek itu terlupa buat seketika. Ahmad menghela nafas lega apabila dilihatnya kanak-kanak itu menguit-nguit, tanda dia masih lagi bernyawa.
"Rosina..."panggilnya dengan lembut. Anak kecil itu membuka mata dan mula bangkit, duduk. Wajah mungilnya terkesan dengan bekas air mata, comot dengan kesan tanah dan pelbagai lagi. Bau asap yang kuat menyelubungi kanak-kanak itu.
Ahmad mendaki satah bukit itu dengan berhati-hati, tanah dan daun kering melurut turun di bawah but bersaiz 12 itu. Tangannya mendepang untuk merangkul anak yang mula menangis itu, tubuh kecilnya ringan sekali dan hangat. Perlahan-lahan Ahmad membawa kanak-kanak itu turun, tidak menghiraukan klik-klik daripada telefon bimbit yang merakamkan adegan itu.
Sehingga hari ini Ahmad tidak tahu bagaimana anak kecil itu ditemui 15 kilometer daripada tempat perkelahan keluarganya berlibur dan cara mana dia terselamat daripada kebakaran belukar yang telah memusnahkan hutan lipur itu.
29.1.15
Sekali datang bah
Writing prompt:
Jika
rumahku adalah syurgaku, kini syurgaku telah ditabrak malapetaka. Dinding yang
Ayah cat bersama aku dan Abang dua Ramadhan yang lepas kini menunggu masa untuk
menyembah bumi. Malam tadi kami tidur berbumbungkan bintang-bintang yang
berjuta tahun cahaya jauhnya; atap zink yang dulu ku runguti kerana menakung
bahang telah lesap bersama ribut. Kami semua bangun subuh dengan bengkak
bengkil ehsan nyamuk dan pelbagai serangga yang memohon dermaan darah.
Sebaik
pulang dari pusat pemindahan, kami membersihkan dapur agar ada ruangan untuk
memasak dan membasuh, mengembalikan rentak normal dalam hidup kami. Yang masih
utuh hanyalah para dapur yang dibina daripada konkrit dan sinki, Adik
telah menghabiskan masa sepanjang pagi semalam untuk membersihkan penunu dapur
yang berkerak dengan selut kering. Dapatlah Ibu menjerang air dan mentanak
beras sumbangan program bantuan yang Abang dapatkan di sekolah Cina di pekan
kelmarin.
Tiada
satu pun perabot dalam rumahku yang masih elok. Aku dan Adik telah menarik
keluar semua tilam dan bantal dan kusyen; yang masih elok kami basuh dan jemur,
selainnya ditimbun untuk dilupuskan. Bagaimana, aku pun tak tahu. Almari yang
dulu dipenuhi pinggan mangkuk yang Ibu bayar bulan-bulan dengan duit kutu, duit
jual kuih dan anyam tikar kini ditimbunkan di luar bersama lain-lain sampah
sarap kayu untuk dibakar. Tiada satu pun pinggan mangkuk itu masih utuh,
semuanya hancur beribu serpih, bertaburan, menanti untuk melukakan kaki yang
tidak berhati-hati. Mata Ibu merah tetapi kering memerhatikan aku dan Abang
menyodok serpih-serpih itu untuk dibuang. Hanya mangkuk dan cawan plastik
dengan gambar Upin dan Ipin yang Ayah belikan untuk Adik sewaktu dia kecil
dahulu yang tinggal. Ianya tak lengkap, maka kami pun makan dan minum bergilir-gilir,
berkongsi apa yang ada.
Barang
persiapan untuk perkahwinan Abang juga telah lenyap bersama air bah. Aku
terdengar dia berbincang dengan Ibu malam tadi untuk menangguhkan rancangan
pernikahannya dengan Kak Nita. Suara garau Abang rendah dan berkocak nadanya
dengan air mata yang tidak berlinang. Ibu berjanji akan menghubungi keluarga
tunangan Abang untuk berbincang; tidak seperti Abang air mata Ibu melimpah
dengan rasa kasih dan sedih kerana impian Abang untuk majlis yang meriah telah
runtun. Aku hanya mampu tunduk dan berkongsi kesayuan Ibu.
Aku
duduk bersama Ayah di bawah pokok rambutan di tepi rumah; pangkin yang dipaku
bersama oleh Ayah daripada saki baki papan membaiki reban. Memang ajaib
bagaimana beberapa papan buruk itu masih utuh sedangkan tapak konkrit bilik air
kami hanyut bak istana pasir di air pasang. Ayah mengeluarkan sebatang rokok
dan mancis dari saku bajunya. Kertas gulung yang disumbat tembakau dengan
serbuk cengkih itu dinyalakan. Haruman tembakau dan cengkih yang terbakar itu
menyekat buat sementara bau hanyir, maung dan aroma busuk sampah sarap yang
ditinggalkan oleh bah yang surut. Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba menyumbat
hidungku dengan asap rokok yang selama ini tidak kusukai, agar dapat
menyengkang sementara bau igauan ngeri kehidupanku.
Mata
Ayah redup memerhatikan halaman rumahku. Pokok kelapa gading di tepi jalan
semakin condong, akarnya diumpil arus deras minggu lepas. Alhamdulillah pokok
rambutan dan mangga di sekeliling rumahku masih kukuh. Sudah tidak kelihatan
lagi rumput karpet yang tebal yang dulunya menjadi tempat Adik berlatih main
bola. Lumpur masih lagi menyelimuti halaman kami walaupun Abang dan Ayah telah
berusaha menyodok lumpur tebal dan hanyir itu sebanyak mungkin. Kerongkongku
terasa bengkak kembali menahan tangisan, menelan air mata kekecewaan dan
ketakutan yang mencengkam tatkala aku terasa lemah mengenangkan segala yang
telah hilang.
Bibir
Ayah mengukirkan senyuman sambil dia menyedut asap rokoknya.
"Esok
kalau ungka tu datang nak ranggas buah kita, mesti dia terkejut."
Aku
terkebil-kebil. Lima minit kemudian Ibu keluar menjenguk mengapa dua beranak
ini masih lagi ketawa berdekah-dekah.
Langgan:
Catatan (Atom)