Lama dah tak cerita kat sini, kan? Heh.
Dua tiga hari ni aku balik rumah lambat. Kejar dateline itu, dateline ini. Padan muka aku. Tu lah leka lagi. Baru tau langit tinggi rendah bila jarum panjang jam randik dah makin hampir ke waktu penamat.
Sebenarnya aku nak kongsi sikit cerita tentang aku dan muzik. Aku selalu terfikir kenapa ramai orang cuma suka lagu waktu dia remaja dan awal dua puluhan saja. Lepas daripada garis umur 25, mulalah mengata yang muzik zaman sekarang ni kodok dan tak sebest lagu-lagu "zaman aku dulu". Kalau ikut rencana ni dalam majalah New Scientist, kenangan dan ingatan kita paling kuat dari usia 11 hingga 25 tahun. Agaknya pasal ingatan kita paling kuat waktu tu la yang citarasa muzik kita sangkut pada zaman tu je. Wallahu'alam, ini cuma spekulasi aku je.
Sambil buat kerja aku suka cari playlist yang boleh layan kat 8tracks.com. Petang tadi aku tengah taip e-mel, aku terdengar lagu ni.
Berhenti kejap aku, dibuai nostalgia. Inilah lagu yang kitorang pakai dulu waktu tingkatan tiga buat persembahan tarian kat sekolah masuk pertandingan. Pertandingan tu dibuat supaya kitorang ada kerja lepas habis periksa. Ya la, habis periksa kena la bagi masa cikgu nak conteng kertas jawapan dengan pen merah, betul tak? Takkan magik aje report card tu ada gred. Apa kitorang nak buat? Budak tingkatan lima ngan enam masih ada kelas, diorang tak habis periksa lagi. Jadi takleh la nak buat hantu lebih-lebih sangat. Kang ada cikgu diorang yang jengah kelas aku, sergah kitorang jangan bising sangat (kelas kitorang diiktiraf kelas paling bising kat sekolah waktu aku tingkatan dua dan tiga. Hebatkan?). Kalau takde buat benda camni, banyak budak ponteng, pasal cikgu tak mengajar. Kalau aku, bukan ke lagi syok gi sekolah kalau cikgu tak mengajar? Boleh bikin onar sama rakan-rakan seperjuangan.
Jadi cikgu-cikgi pun dapat idea buat pertandingan persembahan. Ada nyanyian, sketsa, tarian, stand up comedy pun ada. Aku pujuk member-member join sekali. Sama-sama jadi perekatari, semua orang kasi idea, lepas tu pergi praktis kat umah aku ngan rumah Farah. Good times.
Datang hari persembahan. Kitorang pakat pakai mekap bedak putih, gincu hitam, dan tak senyum langsung. Baju hitam, legging hitam. Ya la, zaman emo kan? Beli sikit kain chiffon murah buat macam selendang jadi prop. Aku bukak cermin mata waktu persembahan. Nasib baik praktis punya la banyak kali, jadi kiranya aku bergerak memang ikut naluri je. Silap haribulan tersepak, tertampar member. Hahaha. Jadi bila aku kena buat tarian Melayu waktu Haluansiswa kat atas pentas Dewan Tunku Canselor tu pun, aku dah tau camner nak menari berkumpulan walaupun aku tak nampak apa tanpa jatuh dari pentas.
Tapi member-member aku yang mata sempurna semua kata cikgu-cikgu yang duduk baris depan semua menganga tengok persembahan kitorang. Lepas habis, ada cikgu datang tegur: kenapa kitorang tak senyum? Kenapa gaya kitorang macam menakutkan? Kitorang sengih aje.
Kitorang tak menang untuk tarian tu, sekadar dapat honourable mention. Aku ada kata tak yang jadi juri tu semua cikgu-cikgu kitorang? Dengar khabar, diorang takut kasi kitorang lebih-lebih, macam menggalakkan anasir kurang sihat kat sekolah. Kitorang gelak aje; bukannya peduli sangat. Kitorang bukannya geng yang popular, teringin nak jadi bahan ikutan orang lain.
Selain daripada tarian tu, kitorang ada group nyanyi medley lagu evergreen (kapur minus one dari koleksi bapak Farah). Aku nyanyi "Oh Carol" yang diubahsuai jadi "Oh Harold". Pakai skirt kembang ala-ala 50'an gitu. Memangla macam tak berapa padan, tapi kitorang bukannya tau sangat. Waktu tu tukar gincu merah. Ada cikgu yang macam nostalgia dengar kitorang. Ye la, kitorang nyanyi lagu hits waktu diorang remaja belia.
Apa pun orang-orang yang lahir lepas tahun 1955 memang beruntung. Waktu tu ramai orang mula mampu beli radio, sekalipun radio transistor yang kecik tu. Mak aku cerita yang radio kat rumah dia dulu cuma pasang untuk dengar berita dan harga getah. Takde bekalan elektrik, jadi kena pakai bateri basah. Memang dapat dengar rancangan lagu ataupun drama bersiri kat radio tu kira macam nikmat sangatla. Pilihan lagu yang boleh didengar pun, tak la banyak.
Sekarang, kita boleh ada beribu-ribu lagu di hujung jari kita. Kalau golongan Gen Y, mungkin ada yang tak pernah beli CD, semua muzik dilanun daripada Internet. Kita boleh simpan lebih 500 lagu dalam alat yang lebih kecik daripada kotak mancis. Telefon kita boleh capai radio, boleh capai Internet. Lagi satu sumber lagu. Boring dengar lagu tempatan dan yang dikeluarkan kilang syarikat rakaman Amerika Syarikat? Tadi aku dansa-dansa dengan lagu Sepanyol ni.
Dulu aku cuma tau Gipsy Kings jer yang buat lagu flamenco macam ni. Sekarang ni, kalau aku tengah mood nak dengar lagu flamenco, asal aku boleh capai Internet, apa pun aku boleh dapat. Aku akui yang sekarang aku memang manja gila perihal lagu ni. Kalau waktu aku remaja, aku usaha untuk tulis lirik lagu yang aku suka. Sekarang? Google aje, tak payah susah-susah nak rewind kaset, atau pasang telinga, tunggu deejay umumkan yang lagu fevrit kau akan dimainkan. Aku dulu belek surat khabar hari Jumaat, cari lagu apa yang akan disiarkan untuk rancangan Pilihan Bersama versi orang putih Ahad malam Isnin nanti. Aku bersedia kat tepi radio dengan kaset kosong untuk aku dub lagu yang aku nak. Macam-macam mixtape aku ada. Cuma aku takde peranti nak ubah jadi mp3 aje.
Semua tu dah tinggal kenangan aje. Anak sedara aku nak belajar nyanyi lagu The Climb oleh Miley Cyrus untuk konsert dia hari tu. Dia cari aje kat youtube, siap boleh cari video ada lirik supaya senang nak ikut. Tapi bila ada banyak sangat pilihan lagu, aku dah tak peduli sangat nak ikut nyanyi. Pasal kalau bosan, aku tekan saja next. Kalau orang suruh aku nyanyi, silap haribulan aku cuma nyanyi Negaraku pasal lain-lain lagu yang aku tau nyanyi dari awal sampai habis, hanya keluaran sebelum tahun 2002.
Nah, sekarang kau tau berapa sebenarnya umur aku. Hahaha!
haha...kak sue...mmg benar semua katamu itu.....mmg masa2 ni asyik ase lagu zaman sendiri yg lebih kualiti...ada umphhhhh
BalasPadamTuu dia... sekali update berperenggan-perenggan la pulak...!
BalasPadamxleh nak bayang kalau u mekap emo he he he
BalasPadamChue: Now you are an old fart like all of us!
BalasPadamUncle Gedek: Bila ada inspirasi, semuanya dimuntah di sini!
Adham: Hahaha! I pun takleh nak bayang buat cam tu skang. I love my fire engine red lipstick too much.