17.6.12

Ghoyak kelate

Sejak sekolah menengah, aku pernah injak negeri Cik Siti Wan Kembang 2 kali. Secara kasarnya, setiap 10 tahun sekali. Kali terakhir aku pergi, menumpang tidur di rumah mak ayah boss aku waktu itu.

Kata Mak aku, duduk rumah orang, ringan-ringan kan tulang. Maka aku ke dapur untuk tolong mak boss aku masak. Aku tanya, "Ada apa yang boleh saya tolong?"

<selingan> Kalau mak aku dengar, mesti kena seligi. Dia ajar aku tak usah tanya nak buat kerja; tengok-tengok apa yang kena buat, lepas tu buat aja. Hanya hamba aje yang perlu kena suruh. </selingan tamat>

Dengan tersenyum, makcik itu pun menjawab. Aku tak faham.

"Maaf?"

Dia mengulang kata-katanya tadi, tapi senyumannya dah agak cair. Aku agak dia mungkin fikir kenapa staf boss aku ni macam lembam; maklumlah, tak faham bahasa. Aku cuma balas senyumannya dan terus mencapai pisau untuk kupas bawang dan potong sayur. Bila aku dah tak nampak benda lain nak buat, aku pun basuh pinggan dan periuk dalam sinki.

Jangan marahla, Cik Dah, tapi aku rasa pergi Kelantan serupa macam pergi Siam. Orang cakap aku tak faham, aku cakap pun orang tak faham.

Tapi kita sama-sama senyum.

Alangkah ruginya aku tak nampak poster ni dulu sebelum aku gi Kelantan. Pasti aku boleh menawar tudung bawal Mak aku di Pasar Siti Khadijah tu dengan lebih hebat lagi!



Bila agaknya aku nak sampai Kota Bharu lagi, ya?

3 ulasan:

  1. ha ha aku pernah mengeja begitu di dalam sms bersama rakan2 yg sudi melayan kegilaan aku.. budak itu menirulah akulah tu (heee dgn perasannya)

    kalo ko masuk kelas aku skrg, rasenya peninglah.. kerana kami mmg sgt 1malaysia, masing2 akan bercakap dialek sendiri dan perbualan adalah sgt sgt majmuk

    ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. errrr.. so lagi, buke ghoyak kelate tap kkecek kelate.. bakpo? coz ghoyat means tell and kkecek means speak/talk and kecek means bodek

      Padam
  2. Hahaha ... Malaysian dialects FTW! Aku mmg tau ko mmg kreatip, dan komenmu di atas adalah buktinya.

    Terima kasih atas pembetulan; nampak sgt aku tak tau kkecek Kelate, hahaha.

    BalasPadam

Tokok-tambah