4.8.20

PANTUN ABANG MENERPA

Pokok kapok si pokok kapur
Sayang kelapa air dijaja
Kita sibuk hendak ke dapur
Abang terpa mula nak manja
Buat gerobok cantum berpasak
Kerat balam selit menanggung
Kita sibuk hendak memasak
Abang diam meraba pungung
Goreng keropok goreng belanak
Sepat dipanggang dapurnya retak
Kita sibuk susukan anak
Abang datang terus memintak
Ikan terubuk rasanya lain
Lainlah parang bila dimasak
Kita sibuk mencuci kain
Abang datang sarong diselak
Orang duduk kainnya lusuh
Lipat ke kiri bunganya kecil
Kita sibuk duduk membasuh
Abang berdiri pacak memanggil
Tunggang kuda membawa cambuk
Pacu ke tengah langkahya panjang
Mula kita sehari sibuk
Sekarang mengah sama diranjang

Kasih Mentua


"Jalan elok2 balik tu. Jangan lak singgah tempat bukan2. Jangan biarkan budak tu kena angin malam, kang sakit," teriak kepala ibu mentuanya.  Mata Mak Biah terang menyuluh halaman pokok tempat mentuanya diam di tengah2 Hutan Puaka. 

Bapa mentuanya menawarkan kepala Mak Biah untuk dijadikan penyuluh tapi ditolak dengan lembut oleh Misnah. Bulan mengambang seakan bergayut di pucuk pokok cukup untuk menyinari denai ke pondoknya di seberang Hutan Puaka. Lagi pun, Misnah tahu yang Pak Lah amat mengasihi isterinya dan akan merinduinya sekiranya ditinggalkan.