Sewaktu aku sekolah di universiti dulu antara matapelajaran yang tidak aku sukai ialah parasitologi. Ianya menarik, tapi juga menjijikkan dan membuatkan aku fobia untuk pergi ke Sungai Nil, melupakan hasratku untuk menjelajah sawah di Kemboja dan lain-lain lagi kegiatan yang aku impikan sewaktu kanak-kanak.
Parasitologi mengajar kita yang manusia hanya perasan apabila menganggap mereka adalah yang teratas dalam siratan makanan. Manusia yang gagah dan cerdik mampu dipunahkan oleh makhluk halus (bukan jin atau iblis ya) yang tidak nampak oleh mata kasar: parasit.
Daripada cacing pita, cacing gelang, hama, ameba, protozoa, ke plasmodium, kesemua ciptaan Tuhan ini melihat manusia sebagai rumah + sumber makanan bergerak. Ada parasit yang membunuh hosnya (yakni kita) dengan penuh kedajalan sekali seperti Plasmodium falciparum yang menjadi punca malaria. Tapi banyak yang lebih cenderung kepada membuatkan mangsanya buta, cacat hingga tak boleh bergerak, kekurangan zat yang kronik hingga separa terencat akal dan pelbagai lagi cara-cara untuk menyusutkan nikmat hidup.
Ini tak termasuk lagi parasit yang boleh dilihat seperti kutu, lintah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Sesungguhnya, parasit itu adalah jenaka Tuhan kepada kita: korang jangan ingat korang tu bagus sangat. Benda kecik camni pun korang boleh tumbang, tau.
Penyakit berjangkit akibat parasit ini masih lagi mengganggu gugat berjuta manusia seantero dunia. Dengan sistem pembetungan yang baik dan sumber air yang bersih, kes-kesnya sudah banyak berkurangan. Suatu masa dahulu, kanak-kanak di Malaysia juga adalah antara statistik ini, tapi kini tinggal poket-poket di kawasan pedalaman yang masih lagi mengalami masalah dengan jangkitan parasit.
Tapi aku masih lagi tak nak main lecah di Sungai Nil.
Aku telah mencuba kuiz ini dan mendapati bahawa aku boleh menampung empat ekor cacing pita dengan bahagia sekali.
Created by Oatmeal
Baiklah, masa untuk mengambil Zentel (tm) telah tiba.