10.12.14

Cinta Derita

Sebenarnya saya takde bakat berpuisi. Tapi kekadang ada inspirasi - maka muncullah koleksi pantun sinis yang disalin-tampal daripada laman Mukabuku saya.

 
Mak Ati mengasah parang
Untuk sembelih itik serati
Jangan termakan pujukan temberang
Terhutang budi tergadai body 


Badang berazam mencipta nama
Mengail naga di Tasik Chini
Lenyap kekasih lama tak jumpa
Rupanya teruna sudah berbini

Jawapan rakan: 
 Teruna sudahpun berbini
Kerna tak mahu tunggu lagi
Si dara baru nak sound la ni

Mana tahan dok asyik mkn maggi

Oh tidak. Mencabar ni.

Sayu rock kapak menyakitkan hati
Radio dicampak dalam perigi
Mana sang dara tak makan maggi

Boros teruna perabis gaji

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Kalau Tuan tidak sopan
Sampai mati saya tak mahu
 

9.12.14

Bukan jenaka

Saya tidak pandai berjenaka. Selalunya dah tergolek2 gelak terbahak2 sebelum habis cerita lucu yang saya nak sampaikan. Memang pelawak yang gagal. Tapi perihal sinis? Boleh kira arif juga. 



Badak kembar berbaju songket
Gajah melatah tersepak kadi
Bukannya lantai yang jongkang jongket
Tapi Tuan dah telan sebaldi todi



Pakat2 cari kerang
Tersilap minum air selusuh
Terus tercirit dari pagi
Mencanang gendang perang
Mencari kelibat musuh
Bersilat bayang sendiri



Kucing suka main benang
Tikus suka masuk baldi
Buat apa hendak dikenang
Budi yang sudah dibalas badi